Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011
molekul air zam-zam Air merangkumi 3/4 daripada permukaan bumi. Air adalah sumber utama kepada benda hidup. Asal kepada wujudnya hidupan di muka bumi ini juga bermula dari air. Allah berfirman “Tidakkah orang-orang kafir mengetahui bahawa langit dan bumi adalah keduanya bertaut(bersatu) lalu Kami belahkan keduanya, Kami jadikan tiap-tiap yang hidup dari air.Tidakkah mereka percaya?” (Surah Al-Anbiya’ : 30) Mengikut kajian, bacaan ke atas perkataan yang membawa maksud yang baik pada air akan mendatangkan faedah kepada si peminum. Ini kerana zarah-zarah yang ada di dalam air akan berubah menjadi corak yang cantik dan seragam. Apabila air yang diminum memiliki molekul yang indah, maka badan kita akan memancarkan cahaya yang tampak pada wajah. Bahkan badan akan bertambah sihat dan cergas. Apabila dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Ketika dimainkan muzik simfoni mozart, kristal muncul berbentuk bunga. Sewaktu muzik heavy metal diper