Ahad, 11 Januari 2026

Dahulu rancak menulis, sedar-sedar 10 tahun berlalu


Selepas 10 tahun meninggalkan dunia blogging, barulah tersedar betapa minat menulis yang dahulunya menghidupkan hari-hari saya semakin terlupus.

Dahulu, menulis bukan sekadar hobi, ia adalah cara untuk berkongsi cerita, malah berhubung dengan orang secara alam maya.

Sekarang baru tersedar bahawa dulu diri ini terlalu banyak idea namun semua terbengkalai. Walaupun masih berada dalam bidang kerja yang memerlukan penulisan namun ia tidak sama seperti dahulu kala. 

Bila terbaca balik baru sedar betapa mudanya pemikiran dalam menghasilkan cerita pendek, banyak lagi improvasi boleh dilakukan.

Dahulu apa sahaja kisah sebolehnya mahu diceritakan namun dalam dunia yang suka menularkan segala benda, bimbang benda dikongsi menjadi cerita lain pula.

Kalau boleh semua benda nak diceritakan tapi bila dewasa, yang dulunya minat kini semakin lama semakin tersimpan, kata-kata mahupun perkataan sudah tidak meluncur laju dari jari yang dulu rancak menulis.

Dunia blogging mungkin telah berubah, tetapi rasa ingin menulis tetap relevan dan bernilai untuk diteruskan.

Mungkin ada masa, segala cerita kembali tersambung dan tertulis kembali.

Tiada ulasan:

Dahulu rancak menulis, sedar-sedar 10 tahun berlalu

Selepas 10 tahun meninggalkan dunia blogging, barulah tersedar betapa minat menulis yang dahulunya menghidupkan hari-hari saya semakin terlu...