Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

cerpen - 1 mac

“Awak saya nak jumpa awak sekarang , dekat tempat biasa”, telefon dimatikan secara tergesa-gesa oleh sang kekasih tercinta, Aisya hanya mampu menggeleng entah apa lagi mahu di bicarakan. Beg tanggannya diambil serta kunci keretanya , nampaknya terbengkalai lagi assignment kali ini. “assalamualaikum awak, ada apa yang awak nak bincang ? sampai awak buat saya rushing nak datang sini. Saya harap benda ni penting ya”, senyumannya tak lekang di bibir. Diperbetulkan kaca matanya sambil memandang tepat ke arah Solihin yang sedari tadi membisu seribu kata. “waalaikummusalam, kenapa tak cakap awak busy . kita boleh jumpa lain kali”, dikemaskan barangnya untuk beredar pulang. Namun aisya dengan cepat memegang lengannya meminta dia duduk kembali. “awak cakaplah apa yang penting sangat, saya nak tahu ni please”. “saya nak tamatkan hubungan kita, saya minta maaf Aisya. Saya tak mampu nak teruskan hubungan ni”, digenggam erat tangan Aisya , namun Aisya hanya berdiam diri.