Skip to main content

cerpen - 1 mac

“Awak saya nak jumpa awak sekarang , dekat tempat biasa”, telefon dimatikan secara tergesa-gesa oleh sang kekasih tercinta, Aisya hanya mampu menggeleng entah apa lagi mahu di bicarakan. Beg tanggannya diambil serta kunci keretanya , nampaknya terbengkalai lagi assignment kali ini.

“assalamualaikum awak, ada apa yang awak nak bincang ? sampai awak buat saya rushing nak datang sini. Saya harap benda ni penting ya”, senyumannya tak lekang di bibir. Diperbetulkan kaca matanya sambil memandang tepat ke arah Solihin yang sedari tadi membisu seribu kata.

“waalaikummusalam, kenapa tak cakap awak busy . kita boleh jumpa lain kali”, dikemaskan barangnya untuk beredar pulang. Namun aisya dengan cepat memegang lengannya meminta dia duduk kembali.
“awak cakaplah apa yang penting sangat, saya nak tahu ni please”.

“saya nak tamatkan hubungan kita, saya minta maaf Aisya. Saya tak mampu nak teruskan hubungan ni”, digenggam erat tangan Aisya , namun Aisya hanya berdiam diri.

Cincin yang tersarung indah di jarinya dibuka perlahan,diletakkan di atas meja. “Terima kasih kerana pernah menyayangi saya, mencintai saya kerana diri saya. Saya maafkan awak, lagipun hanya awak yang mampu bertahan dengan kepala batu saya ni. Saya harap kita terus berkawan ya awak and for the last time, izinkan saya ucap I love you solihin, I really love you”, air yang baru sampai di tinggalkan, terus berlari ke keretanya, hatinya remuk tak mampu lagi membendung air jernih yang mengalir di pipinya. Ya dia tewas kepada cinta. The relationship ends here.

“Aisya……………”, sudah terlambat Aisya sudah pergi . Cincin tunang yang di belinya di simpan kembali. “Saya akan cari awak balik bila saya dah mampu bina mahligai buat awak”.

**************************************

5 tahun kemudian…..
“Aisya , I rase kalau U pakai contact lens mesti U Nampak lagi cantik tahu tak”, kata-kata Arasy hanya disambut dengan senyuman.

“Kalau cantik , I pakai ape pun still cantik tahu. Well I lebih senang pakai kaca mata, lagi selesa”.

“yeke , ke nak lindung dari orang tahu perasaan U yang sebenar, U still ingat si budak kedah tu kan? Ape namanye , haaa Solihin”, tangan Arasy sibuk mengemas dokumen dan Aisya hanya mampu terdiam.

“Benda dah lepaslah , dia sekarang mesti dah bahagia dengan girlfriend dia”, terimbau kembali kenangan dengan si solihin. Dia langsung tidak pernah membalas panggilan mahupun mesej yang di hantar. Di deletenya sebelum sempat dibaca. Kali terakhir berjumpa, ketika Solihin memutuskan untuk menamatkan hubungan mereka. Dia merantau jauh semata-mata untuk mengelakkan diri dari berjumpa.

“ehh Aisya, kalau dah jodoh U dengan dia . terima je la, handsome , tinggi, ada kerja lagi. U punya life akan jadi perfecto”, dibisikkan ke telinga Aisya.

“ehh Arasy , do your work ok. Tidak I pecat U nanti”, dicubit lembut tangan arasy. Arasy Natasya, kawan baik yang sanggup berhempas pulas memulakan perniagaan dengannya, wanita yang sudah sah dimiliki oleh Syed Rafiq, usahawan muda yang tekenal.

“U nak pecat I? hello ! I am your partner ok”, dicubit pipi Aisya tanpa mereka sedari seseorang sedang memerhati dari luar kedainya , pemuda itu berlalu pergi apabila matanya dan mata Aisya bertemu.

“Hey girls, I saw somebody stand in front of your shop glancing at both of you”, pintu butik dibuka syed rafiq perlahan sambil memandang isterinya dan Aisya.

“standard lah orang cantik mesti ada stalker kan Aisya”, terus dipeluk bahu suaminya dan di salam tanggannya. Aisya hanya mampu terdiam, susuk tubuh orang tadi mengingatkan dia kepada kenangan lamanya. “hmmm , tak mungkin solihin ada dekat sini, mimpi ke ape aku ni”, dibebelnya seorang diri.

*****************************

“Awak, kalau dalam masa 6 tahun dari sekarang ni awak tak melamar saya, saya akan terima siapa saja yang masuk minang saya ok”, pertemuan mereka selalunya terjadi di hadapan rumah Aisya,bukan tidak mahu bercinta di tempat awam namun bagi Aisya, dia lebih senang bertemu di hadapan rumah sahaja dan solihin nampaknya tidak pernah membantah.
“Hmm ok. Awak janji ya kalau 6 tahun dari sekarang saya tak masuk minang awak, awak terima saja sesiapa. Mungkin saya tak ditakdirkan untuk membahagiakan awak tapi saya pasti bahagia bila melihat awak bahagia”, tiada nada gurauan dan Aisya dapat melihat wajah suram Solihin.
 “Awak, benda ni tak lawak. Saya nak awak ja, awak yang terakhir”, dipandang tepat ke arah solihin, air matanya mula jatuh.
“hey hey,  jangan nangis sayang. Alamak dia start dah, sayang kat mana pili air ni ? biar saya tutupkan untuk awak, nanti banjir susah saya nak balik. Saya dah la bawa motor ja ni”, di ambilnya tisu dan diberikan kepada Aisya. Aisya hanya mampu tergelak kecil.
“awak, janji ya. Pegang kata-kata awak tu sayang”, lembut tutur bicaranya. Ya mungkin solihin berbeza dari lelaki yang pernah mencuri hatinya, dia cepat marah namun cepat juga sejuknya. Walaupun bukan salahnya dia tetap meminta maaf kerana dia tahu ego wanita yang dicintainya agak tinggi. Biar dia mengalah asalkan tidak bergaduh, bimbang dia akan terkasar bahasa sehingga mengguris wanita yang bertakhta di hati.
Dengan berat hati Aisya mengatakan janji, ya salahnya memperkatakan itu. Namun apa nak dikata terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya.


***********************************

“assalamualaikum Sya, mama nak kau balik minggu depan”, bicara ibunya lemah lembut. Walaupun sibuk dengan perniagaannya, dia tetap menghubungi anaknya yang semakin jauh.
“waalaikummusalam mama, balik untuk apa ma? Sya busy sikit minggu depan. Nak kena pergi ambil stock dekat kilang”, runsing memikirkan permintaan mamanya itu.
“ada orang nak masuk merisik kau, maknya dah call mama tetapkan tarikh. Nasya dengan adam pun balik. Kau setuju tak memandangkan diorang nak jalankan majlis pertunangan kau sekali. Mama uruskan semua, kau balik ja”, mamanya kalau dah marah , pastinya hatus setuju saja.
“Ye lah ma, kakak terima pinangan dia. Tak kisahlah siapa pun dia, asalkan mama suka. Ye jangan risau kakak balik, nanti kakak suruh Arasy gantikan tempat kakak”, berat hatinya menerima.
Telefon Lenovo yang sedari tadi dipegang, diletakkan ke bawah kembali. “Arasy, I need to talk to you”, dipegang bahu Arasy.
“Why sweetheart, got a problem eh?”, ditariknya Aisya duduk disebelahnya.
“Ada orang masuk minang I lagi, this time my mom made me say yes. Eh bukan setakat merisik but majlis tunang lagi and it happen next week. Semuanya terlampau cepat Arasy,minggu depan I dah bergelar tunang kepada orang yang I tak kenal”, Aisya meraup mukanya.
“Babe, U got my time and my shoulder. Lean on it, ape yang U risau sangat”, ditarik kepala Aisya dan diletakkan di atas bahunya.
“Macam kalau hidup I lepas ni jadi macam dalam novel? Dapat lelaki yang benci I? kahwin dengan I sebab terpaksa? Kalau dia ceraikan I macam mana, kalau dia madukan I pula macam mana. Now I dah serabut sangat”, Aisya tak mampu lagi membendung tangisannya. Dia kelihatan seperti wanita yang tabah namun tiada siapa yang tahu hati dia serapuh-rapuh kaca. Mudah terluka walaupun dengan jenaka.
“first of all my dear, maybe dia yang suruh ibu dia masuk minang U and second memang cerai terletak pada tangan lelaki tapi perempuan yang menentukan sama ada nak kahwin atau tak. Kalau U tak setuju nak bernikah dengan dia, tak akan terjadi sebuah perkahwinan”, air matanya turut jatuh,bimbang benda yang diperkatakan Aisya terjadi. Tak sanggup dia melihat sahabatnya disakiti. “Babe, I nak U balik hujung minggu ni, well Langkawi dekat dengan rumah U kan? I nakU pergi chillkan diri U. Think wisely ok, I akan uruskan bisnes ni. Jangan risau sayang”.
“betul ke ni Arasy? I dah susahkan U. I minta maaf sangat-sangat. I better get going, nak kemas barang sikit”.
“go get some vacation honey, will be missing you”, dipeluknya Aisya.

************************************

1 Disember 2020…
Aisya duduk merenung air yang menghempas pantai, tenangnya dia melihat ciptaan ALLAH. Dapat dia lihat seorang pemuda sedang memgang gitar,memainkannya serta menyanyikan lagu. Lagu kenangan dia dan Solihin, dia tertanya-tanya kemanakah pemuda itu menghilang.
“Assalamualaikum si cantik manis, sorang diri ja ka? Tak takut eh kang kena rogol kan ?”, pemuda itu senyum memandang ke arah Aisya.
“waalaikummusalam, takkan nak kena rogol. Ramai orang kat sini kan awak”, dia terdiam apabila melihat raut wajah pemuda itu, Solihin duduk di sebelahnya memandang ke arah pantai.
“awak buat apa kat sini?”, Aisya terus bangun dari duduknya dan terus berlalu pergi namun belum sempat membuka langkah tangannya ditarik solihin.
“ini tempat saya awak, lupa ke? Patutnya saya tanya awak, awak buat ape kat sini”, tangan Aisya dilepaskan perlahan.
“Cari ketenangan sebelum membuat keputusan”, keluhan Aisya mampu di dengari Solihin.
“berat betul keluhan awak, keputusan apa ni? Hidup dan mati eh?”, renungan mata Solihin ke arahnya membuatkan Aisya memalingkan badan.
“Saya nak bertunang hujung minggu depan, mesti awak happy kan?”, sindiran Aisya yang tajam lansung tidak menyedari perubahan pada wajah Solihin.
Namun dia cepat-cepat tersenyum kembali. “Tahniah, akhirnya wanita yang bergelar Aisya bakal bergelar tunang. Sape tunang awak eh?”, hatinya remuk. Rancangan untuk melamar Aisya di batalkan. Mana mungkin dia menghalang orang yang disayang daripada bahagia.
“entah, semua mama saya uruskan. Dia dah rancang dengan ibu pihak lelaki. So disebabkan janji saya kat awak. Saya terima lelaki yang saya tak kenali untuk jadi sebahagian hidup saya. Terima kasih awak, terima kasih sangat”.
“Aisya, saya minta maaf. Takde niat pun nak lukakan awak. Saya tak tahu pun semua ni akan terjadi. Maaf awak”, dipegang bahu Aisya.
“Dah la awak, saya terima maaf awak. Cuma jangan pernah munculkan diri lagi depan saya. Saya nak mulakan hidup baru dengan bakal suami saya. Selamat tinggal, Assalamualaikum”, dipercepatkan langkahnya, bimbang hatinya teringat kembali kenangan mereka.
“Waalaikummusalam”, tak mampu terucap kata-kata mahupun memanggil nama Aisya. Tanpa disedari air mata lelakinya jatuh, dia hilang wanita yang paling dia cinta selamanya.

************************************

“Solihin, maknak pergi merisik sorang budak ni. Mak nak jadikan dia menantu”, didudukkan anaknya dihadapanya.
“hahha, mak ni buang tabiat ka? Mak nak risik lelaki untuk adik ka?”,tersenyum Solihin.
“Untuk hang la! Awat nakpi merisik untuk adik hang pula. Dia belajar lagi”, ditampar bahu anaknya.
“mak, abang bukan budak kecik lagi mak ni. Ni pasal hidup abang mak”, tak senang duduk dibuatnya.
“mak tak kira, tunggu hang cari calon lambat sangat. Lagipun yang perempuan dah setuju kami tunangkan hampa dua terus”, terus dia berlalu pergi ke dapur meninggalkan anaknya dalam kegelisahan.
“Ahhh! Masak aku kali ni”,terus di ambil kunci motornya dan berlalu pergi.

******************************

1 Mac 2021
“wahai tuan puteri Aisya, kenapa U sedih ni. U nak kahwin dah kan, rosaklah make up I nanti”, diambil tisu dan dilap eye shadow Aisya yang comot.
“U macam mana kalau dia jahat ke? Kalau dia tak datang macam mane?”, bimbang Aisya menjadi-jadi.
“I call husband I tadi. Pihak lelaki dah dalam perjalanan . U tunggu ape lagi? Jom turun bawah”, ditarik tangan Aisya lembut.
Dia tidak pernah mahu berjumpa dengan bakal suaminya, biarlah kalau sudah jodohhnya dengan lelaki itu dia terima. Pengantin lelaki yang masuk berpakaian baju melayu putih duduk di hadapan tok kadi ditemani adik Aisya sebagai wali Aisya. Hanya dengan sekali lafaz, Aisya kini bergelar isteri kepada lelaki di hadapannya sekarang. Perlahan dia mengangkatkan  muka, terkedu melihat sepasang mata yang bersinar tersenyum melihatnya. Suaminya sekarang ialah Mohd Solihin, kekasih yang tidak pernah keluar dari hatinya itu. Dia tersenyum bahagia, dahinya di cium lembut Solihin. Lantas Solihin bisik di telinganya “I love you sayang, tiada wanita yang mampu menggantikan tempat sayang dalam hati abang”.
“sayang ingat lagi tak apa yang abang cakap sebelum kita bercinta dulu”, di peluk bahu isterinya.
“Ingat, abang selalu cakap sayang kena faham abang, jangan pernah curang, jangan buat abang serabut dan banyak lagilah”, digenggam tangan suaminya.
“Kita kenal bulan dua, kita bercinta 1 mac 2014 kan sayang? Abang taklupa tarikh abang bertemu kekasih hati yang abang sayang. Walaupun kita selalu gaduh, abang busy dengan kelas, sayang pula busy dengan assignment sayang tapi sebab cinta kita mampu harunginya. Thanks sebab jadi isteri abang, wanita yang sokong abang. Bakal ibu kepada anak-anak abang satu hari nanti”, di usap perut isterinya.
 “Tapi kenapa muka abang berubah bila sayang cakap sayang nak bertunang? Abang tak tahu abang tunang sayang”, dipandang suaminya.
“semua plan mama sayang dengan mak abanglah ni.abang tahu pun masa pergi hantar kad jemputan. Tertera nama sayang, sayang confirm baru tahu masa nikah kan? Nampak muka terkejut sayang tu”, dicubit hidung isterinya.
“hehe, tahu je abang ni kan. Pandai mama buat plan”, dicium pipi suaminya.
Ya ALLAH aku bahagia dikurniakan suami yang begitu penyayang. Sayangi aku keranamu, sesungguhnya aku bahagia bersama sang kekasih yang bergelar suami. 1 mac kita bercinta, 1 mac kita disatukan. Terima kasih Ya ALLAH.

****** IT IS NOW A DREAM CAUSE YOU MY LOVE ONE, HAVE GONE FAR FROM MY LIFE , HOPING THE BEST FOR YOU. THIS IS JUST MY DREAM THAT I WOULD LIKE IT TO HAPPEN . BUT A STORY JUST GOING TO BE A STORY BECAUSE IT IS HARD TO FACE IT IN REALITY ******

p/s : if you ever read this I just really want to say, I love you so much, really really loving you dear ex

Comments

Unknown said…
Ni tulis ikut pengalaman ke? Romantik abis je hehe
sarah said…
Ehh . hanya cerita semata Mata ni :)

Popular posts from this blog

Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli

Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli Eraz Fadli mengajak semua blogger untuk join  Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli .. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua.. Segmen ini bermula pukul 8.30 pagi hingga 11.59 malam ini sahaja.. Top Refferal akan mendapat sesuatu daripada  Eraz Fadli ..  Syarat : - Follow blog Eraz Fadli   , dan like Page E'raz Fadli .. Buat tajuk entri  Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli .. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri.. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.. # Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini  Eraz Fadli  kreditkan kepada blogger Mia Liana .. 

segmen Kenali Saya Purple Sweetyzhanieyz83

akak nao mei buad first segmen dy , nak join tekan banner tuh . syarat2 dia memang senang gila . cik akak thank sebab buad awal , hehhe . sayang cik akak sngat2 . so jomlah ramai2 meriahkan segmen cik akak yg comel nyh =)

MEGA GIVEAWAY by DJH

hye awak2 . jom join segmen nyh . segmen nyh awesome oo kite tag  senorita bahrain and nao mei