“Awak saya nak jumpa awak sekarang , dekat tempat biasa”,
telefon dimatikan secara tergesa-gesa oleh sang kekasih tercinta, Aisya hanya
mampu menggeleng entah apa lagi mahu di bicarakan. Beg tanggannya diambil serta
kunci keretanya , nampaknya terbengkalai lagi assignment kali ini.
“assalamualaikum awak, ada apa yang awak nak bincang ? sampai
awak buat saya rushing nak datang
sini. Saya harap benda ni penting ya”, senyumannya tak lekang di bibir.
Diperbetulkan kaca matanya sambil memandang tepat ke arah Solihin yang sedari
tadi membisu seribu kata.
“waalaikummusalam, kenapa tak cakap awak busy . kita boleh jumpa lain kali”, dikemaskan barangnya untuk
beredar pulang. Namun aisya dengan cepat memegang lengannya meminta dia duduk
kembali.
“awak cakaplah apa yang penting sangat, saya nak tahu ni
please”.
“saya nak tamatkan hubungan kita, saya minta maaf Aisya. Saya
tak mampu nak teruskan hubungan ni”, digenggam erat tangan Aisya , namun Aisya
hanya berdiam diri.
Cincin yang tersarung indah di jarinya dibuka
perlahan,diletakkan di atas meja. “Terima kasih kerana pernah menyayangi saya,
mencintai saya kerana diri saya. Saya maafkan awak, lagipun hanya awak yang
mampu bertahan dengan kepala batu saya ni. Saya harap kita terus berkawan ya
awak and for the last time, izinkan saya ucap I love you solihin, I really
love you”, air yang baru sampai di tinggalkan, terus berlari ke keretanya,
hatinya remuk tak mampu lagi membendung air jernih yang mengalir di pipinya. Ya
dia tewas kepada cinta. The relationship ends here.
“Aisya……………”, sudah terlambat Aisya sudah pergi . Cincin
tunang yang di belinya di simpan kembali. “Saya akan cari awak balik bila saya
dah mampu bina mahligai buat awak”.
**************************************
5 tahun kemudian…..
“Aisya , I rase kalau U pakai contact lens mesti U Nampak
lagi cantik tahu tak”, kata-kata Arasy hanya disambut dengan senyuman.
“Kalau cantik , I pakai ape pun still cantik tahu. Well I
lebih senang pakai kaca mata, lagi selesa”.
“yeke , ke nak lindung dari orang tahu perasaan U yang
sebenar, U still ingat si budak kedah tu kan? Ape namanye , haaa Solihin”,
tangan Arasy sibuk mengemas dokumen dan Aisya hanya mampu terdiam.
“Benda dah lepaslah , dia sekarang mesti dah bahagia dengan
girlfriend dia”, terimbau kembali kenangan dengan si solihin. Dia langsung tidak
pernah membalas panggilan mahupun mesej yang di hantar. Di deletenya sebelum
sempat dibaca. Kali terakhir berjumpa, ketika Solihin memutuskan untuk
menamatkan hubungan mereka. Dia merantau jauh semata-mata untuk mengelakkan
diri dari berjumpa.
“ehh Aisya, kalau dah jodoh U dengan dia . terima je la,
handsome , tinggi, ada kerja lagi. U punya life akan jadi perfecto”, dibisikkan
ke telinga Aisya.
“ehh Arasy , do your work ok. Tidak I pecat U nanti”, dicubit
lembut tangan arasy. Arasy Natasya, kawan baik yang sanggup berhempas pulas
memulakan perniagaan dengannya, wanita yang sudah sah dimiliki oleh Syed Rafiq,
usahawan muda yang tekenal.
“U nak pecat I? hello ! I am your partner ok”, dicubit pipi
Aisya tanpa mereka sedari seseorang sedang memerhati dari luar kedainya ,
pemuda itu berlalu pergi apabila matanya dan mata Aisya bertemu.
“Hey girls, I saw somebody stand in front of your shop
glancing at both of you”, pintu butik dibuka syed rafiq perlahan sambil
memandang isterinya dan Aisya.
“standard lah orang cantik mesti ada
stalker kan Aisya”, terus dipeluk bahu suaminya dan di salam tanggannya. Aisya
hanya mampu terdiam, susuk tubuh orang tadi mengingatkan dia kepada kenangan
lamanya. “hmmm , tak mungkin solihin ada dekat sini, mimpi ke ape aku ni”, dibebelnya
seorang diri.
*****************************
“Awak, kalau dalam masa 6 tahun dari sekarang ni awak tak
melamar saya, saya akan terima siapa saja yang masuk minang saya ok”, pertemuan
mereka selalunya terjadi di hadapan rumah Aisya,bukan tidak mahu bercinta di
tempat awam namun bagi Aisya, dia lebih senang bertemu di hadapan rumah sahaja
dan solihin nampaknya tidak pernah membantah.
“Hmm ok. Awak janji ya kalau 6 tahun dari sekarang saya tak
masuk minang awak, awak terima saja sesiapa. Mungkin saya tak ditakdirkan untuk
membahagiakan awak tapi saya pasti bahagia bila melihat awak bahagia”, tiada
nada gurauan dan Aisya dapat melihat wajah suram Solihin.
“Awak, benda ni tak
lawak. Saya nak awak ja, awak yang terakhir”, dipandang tepat ke arah solihin,
air matanya mula jatuh.
“hey hey, jangan
nangis sayang. Alamak dia start dah, sayang kat mana pili air ni ? biar saya
tutupkan untuk awak, nanti banjir susah saya nak balik. Saya dah la bawa motor
ja ni”, di ambilnya tisu dan diberikan kepada Aisya. Aisya hanya mampu tergelak
kecil.
“awak, janji ya. Pegang kata-kata awak tu sayang”, lembut
tutur bicaranya. Ya mungkin solihin berbeza dari lelaki yang pernah mencuri
hatinya, dia cepat marah namun cepat juga sejuknya. Walaupun bukan salahnya dia
tetap meminta maaf kerana dia tahu ego wanita yang dicintainya agak tinggi.
Biar dia mengalah asalkan tidak bergaduh, bimbang dia akan terkasar bahasa
sehingga mengguris wanita yang bertakhta di hati.
Dengan berat hati Aisya mengatakan
janji, ya salahnya memperkatakan itu. Namun apa nak dikata terlajak perahu
boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya.
***********************************
“assalamualaikum Sya, mama nak kau balik minggu depan”,
bicara ibunya lemah lembut. Walaupun sibuk dengan perniagaannya, dia tetap
menghubungi anaknya yang semakin jauh.
“waalaikummusalam mama, balik untuk apa ma? Sya busy sikit
minggu depan. Nak kena pergi ambil stock dekat kilang”, runsing memikirkan
permintaan mamanya itu.
“ada orang nak masuk merisik kau, maknya dah call mama
tetapkan tarikh. Nasya dengan adam pun balik. Kau setuju tak memandangkan
diorang nak jalankan majlis pertunangan kau sekali. Mama uruskan semua, kau
balik ja”, mamanya kalau dah marah , pastinya hatus setuju saja.
“Ye lah ma, kakak terima pinangan dia. Tak kisahlah siapa pun
dia, asalkan mama suka. Ye jangan risau kakak balik, nanti kakak suruh Arasy
gantikan tempat kakak”, berat hatinya menerima.
Telefon Lenovo yang sedari tadi dipegang, diletakkan ke bawah
kembali. “Arasy, I need to talk to you”, dipegang bahu Arasy.
“Why sweetheart, got a problem eh?”, ditariknya Aisya duduk
disebelahnya.
“Ada orang masuk minang I lagi, this time my mom made me say
yes. Eh bukan setakat merisik but majlis tunang lagi and it happen next week.
Semuanya terlampau cepat Arasy,minggu depan I dah bergelar tunang kepada orang
yang I tak kenal”, Aisya meraup mukanya.
“Babe, U got my time and my shoulder. Lean on it, ape yang U
risau sangat”, ditarik kepala Aisya dan diletakkan di atas bahunya.
“Macam kalau hidup I lepas ni jadi macam dalam novel? Dapat
lelaki yang benci I? kahwin dengan I sebab terpaksa? Kalau dia ceraikan I macam
mana, kalau dia madukan I pula macam mana. Now I dah serabut sangat”, Aisya tak
mampu lagi membendung tangisannya. Dia kelihatan seperti wanita yang tabah
namun tiada siapa yang tahu hati dia serapuh-rapuh kaca. Mudah terluka walaupun
dengan jenaka.
“first of all my dear, maybe dia yang suruh ibu dia masuk
minang U and second memang cerai terletak pada tangan lelaki tapi perempuan
yang menentukan sama ada nak kahwin atau tak. Kalau U tak setuju nak bernikah
dengan dia, tak akan terjadi sebuah perkahwinan”, air matanya turut
jatuh,bimbang benda yang diperkatakan Aisya terjadi. Tak sanggup dia melihat
sahabatnya disakiti. “Babe, I nak U balik hujung minggu ni, well Langkawi dekat
dengan rumah U kan? I nakU pergi chillkan diri U. Think wisely ok, I akan
uruskan bisnes ni. Jangan risau sayang”.
“betul ke ni Arasy? I dah susahkan U. I minta maaf
sangat-sangat. I better get going, nak kemas barang sikit”.
“go get some vacation honey, will be
missing you”, dipeluknya Aisya.
************************************
1 Disember 2020…
Aisya duduk merenung air yang menghempas pantai, tenangnya
dia melihat ciptaan ALLAH. Dapat dia lihat seorang pemuda sedang memgang
gitar,memainkannya serta menyanyikan lagu. Lagu kenangan dia dan Solihin, dia
tertanya-tanya kemanakah pemuda itu menghilang.
“Assalamualaikum si cantik manis, sorang diri ja ka? Tak
takut eh kang kena rogol kan ?”, pemuda itu senyum memandang ke arah Aisya.
“waalaikummusalam, takkan nak kena rogol. Ramai orang kat
sini kan awak”, dia terdiam apabila melihat raut wajah pemuda itu, Solihin
duduk di sebelahnya memandang ke arah pantai.
“awak buat apa kat sini?”, Aisya terus bangun dari duduknya
dan terus berlalu pergi namun belum sempat membuka langkah tangannya ditarik
solihin.
“ini tempat saya awak, lupa ke? Patutnya saya tanya awak,
awak buat ape kat sini”, tangan Aisya dilepaskan perlahan.
“Cari ketenangan sebelum membuat keputusan”, keluhan Aisya
mampu di dengari Solihin.
“berat betul keluhan awak, keputusan apa ni? Hidup dan mati
eh?”, renungan mata Solihin ke arahnya membuatkan Aisya memalingkan badan.
“Saya nak bertunang hujung minggu depan, mesti awak happy
kan?”, sindiran Aisya yang tajam lansung tidak menyedari perubahan pada wajah
Solihin.
Namun dia cepat-cepat tersenyum kembali. “Tahniah, akhirnya
wanita yang bergelar Aisya bakal bergelar tunang. Sape tunang awak eh?”,
hatinya remuk. Rancangan untuk melamar Aisya di batalkan. Mana mungkin dia
menghalang orang yang disayang daripada bahagia.
“entah, semua mama saya uruskan. Dia dah rancang dengan ibu
pihak lelaki. So disebabkan janji saya kat awak. Saya terima lelaki yang saya
tak kenali untuk jadi sebahagian hidup saya. Terima kasih awak, terima kasih
sangat”.
“Aisya, saya minta maaf. Takde niat pun nak lukakan awak.
Saya tak tahu pun semua ni akan terjadi. Maaf awak”, dipegang bahu Aisya.
“Dah la awak, saya terima maaf awak. Cuma jangan pernah
munculkan diri lagi depan saya. Saya nak mulakan hidup baru dengan bakal suami
saya. Selamat tinggal, Assalamualaikum”, dipercepatkan langkahnya, bimbang
hatinya teringat kembali kenangan mereka.
“Waalaikummusalam”, tak mampu terucap
kata-kata mahupun memanggil nama Aisya. Tanpa disedari air mata lelakinya
jatuh, dia hilang wanita yang paling dia cinta selamanya.
************************************
“Solihin, maknak pergi merisik sorang budak ni. Mak nak
jadikan dia menantu”, didudukkan anaknya dihadapanya.
“hahha, mak ni buang tabiat ka? Mak nak risik lelaki untuk
adik ka?”,tersenyum Solihin.
“Untuk hang la! Awat nakpi merisik untuk adik hang pula. Dia belajar
lagi”, ditampar bahu anaknya.
“mak, abang bukan budak kecik lagi mak ni. Ni pasal hidup
abang mak”, tak senang duduk dibuatnya.
“mak tak kira, tunggu hang cari calon lambat sangat. Lagipun yang
perempuan dah setuju kami tunangkan hampa dua terus”, terus dia berlalu pergi
ke dapur meninggalkan anaknya dalam kegelisahan.
“Ahhh! Masak aku kali ni”,terus di
ambil kunci motornya dan berlalu pergi.
******************************
1 Mac 2021
“wahai tuan puteri Aisya, kenapa U sedih ni. U nak kahwin dah
kan, rosaklah make up I nanti”, diambil tisu dan dilap eye shadow Aisya yang
comot.
“U macam mana kalau dia jahat ke? Kalau dia tak datang macam
mane?”, bimbang Aisya menjadi-jadi.
“I call husband I tadi. Pihak lelaki dah dalam perjalanan . U
tunggu ape lagi? Jom turun bawah”, ditarik tangan Aisya lembut.
Dia tidak pernah mahu berjumpa dengan bakal suaminya, biarlah
kalau sudah jodohhnya dengan lelaki itu dia terima. Pengantin lelaki yang masuk
berpakaian baju melayu putih duduk di hadapan tok kadi ditemani adik Aisya
sebagai wali Aisya. Hanya dengan sekali lafaz, Aisya kini bergelar isteri
kepada lelaki di hadapannya sekarang. Perlahan dia mengangkatkan muka, terkedu melihat sepasang mata yang
bersinar tersenyum melihatnya. Suaminya sekarang ialah Mohd Solihin, kekasih
yang tidak pernah keluar dari hatinya itu. Dia tersenyum bahagia, dahinya di
cium lembut Solihin. Lantas Solihin bisik di telinganya “I love you sayang,
tiada wanita yang mampu menggantikan tempat sayang dalam hati abang”.
“sayang ingat lagi tak apa yang abang cakap sebelum kita
bercinta dulu”, di peluk bahu isterinya.
“Ingat, abang selalu cakap sayang kena faham abang, jangan
pernah curang, jangan buat abang serabut dan banyak lagilah”, digenggam tangan
suaminya.
“Kita kenal bulan dua, kita bercinta 1 mac 2014 kan sayang? Abang
taklupa tarikh abang bertemu kekasih hati yang abang sayang. Walaupun kita
selalu gaduh, abang busy dengan kelas, sayang pula busy dengan assignment
sayang tapi sebab cinta kita mampu harunginya. Thanks sebab jadi isteri abang,
wanita yang sokong abang. Bakal ibu kepada anak-anak abang satu hari nanti”, di
usap perut isterinya.
“Tapi kenapa muka
abang berubah bila sayang cakap sayang nak bertunang? Abang tak tahu abang
tunang sayang”, dipandang suaminya.
“semua plan mama sayang dengan mak abanglah ni.abang tahu pun
masa pergi hantar kad jemputan. Tertera nama sayang, sayang confirm baru tahu
masa nikah kan? Nampak muka terkejut sayang tu”, dicubit hidung isterinya.
“hehe, tahu je abang ni kan. Pandai mama buat plan”, dicium
pipi suaminya.
Ya ALLAH aku bahagia dikurniakan suami yang begitu penyayang.
Sayangi aku keranamu, sesungguhnya aku bahagia bersama sang kekasih yang
bergelar suami. 1 mac kita bercinta, 1 mac kita disatukan. Terima kasih Ya
ALLAH.
****** IT IS NOW A DREAM CAUSE YOU MY LOVE ONE, HAVE GONE FAR FROM MY LIFE , HOPING THE BEST FOR YOU. THIS IS JUST MY DREAM THAT I WOULD LIKE IT TO HAPPEN . BUT A STORY JUST GOING TO BE A STORY BECAUSE IT IS HARD TO FACE IT IN REALITY ******
p/s : if you ever read this I just really want to say, I love you so much, really really loving you dear ex
Comments