Ahad, 31 Mac 2013

Segmen: Bloglist 2013 Belog Cik Kumbang.





Ini adalah segmen pertama dari Belog Cik Kumbang.Tujuan Cik Kumbang buat segmen ini adalah untuk memudahkan Cik Kumbang blogwalking & terjah update terkini blog korang yang join segmen nie.Segmen nie inspired by Mia Liana & Cik Farah,sebab Cik Kumbang menggunakan konsep copy&paste coding HTML sahaja untuk join.Mudah kan?



KENAPA KORANG PERLU JOIN?



SEMUA blogger yang join segmen nie akan dimasukkan ke dalam Blog Khas,Bloglist Cik Kumbang di [SINI] untuk sepanjang tahun 2013 ini.Best kan :) Dan yang paling best, Cik Kumbang akan pilih sekurang-kurangnya 10 blog untuk direview di facebook page Belog Cik Kumbang dan 5 blog untuk direview di Belog Cik Kumbang dengan menggunakan random.org !!! Menarik tak? JOM JOIN !!!



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN



1.Follow Belog Cik Kumbang untuk mengetahui update terkini segmen ini.Klik

2.LIKE Fanpage Belog Cik Kumbang.Klik

3.Buat satu entry dengan tajuk Segmen: Bloglist 2013 Belog Cik Kumbang.

4.Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish. Untuk copy sila klik di bahagian coding, kemudian tekan Ctrl+C serentak untuk copy dan akhir sekali paste kan ke ruangan HTML korang.

5. Make sure korang tinggalkan link entri korang tu kat ruangan komen NIE & nyatakan kategori blog korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist Cik Kumbang nanti.



TARIKH TAMAT: 20 April 2013.

Khamis, 28 Mac 2013

ana sudah bertunang



Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah. 

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain. 

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini. 

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian. 

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila. 

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?" 

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..." 

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat." 

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan." 

Ibu angguk perlahan. 

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah. 

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului. 

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?" 

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga. 

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama." 

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi. 

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!" 

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu. 

"Bila enti menikah?" 

Aku tiada jawapan khusus. 

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya. 

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah. 

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati. 

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..." 

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu... 

"Usah berlebihan ya..." 

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata. 

"Insyirah, jom makan!" 

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman. 

"Tafaddal, ana puasa." 

Sahabiah juga semakin galak mengusik. 

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?" 

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi." 

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja. 

........................................................................................... 

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..." 

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar." 

"Ya Allah, tenangnya..." 

"Moga Allah memberkatinya...." 

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu. 

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri. 

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah. 

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum. 

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku. 

Dalam sedar tidak sedar... 

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu. 

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..." 

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian... 

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?" 

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh." 

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan. 

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..." 

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'. 

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik." 

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..." 

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu. 


........................................................................................... 

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."


p/s : subhanaallah betapa tabahnya hati seorang ibu nieh . jangan tangisi sesuatu kematian sebaliknya redhalah . kerana anak atau ibu bapa hnyalah pinjaman ALLAh . kita milik ALLAH . smpai masanya kita akan djemput kembali dengan-Nya . semoga kita pergi dalam keredhaaNya

Rabu, 27 Mac 2013

GIVEAWAY : EDY 3 DESTINASI



header dy . jom join contest nieh mehh
nak join ? click je link kat bawah tuu yeee

www.danielzaidi.com

Mini Giveaway Aisyah Humaira



aummm . comel kan banner dy . jomlah pakat2 join . hadiah dia menarik auww

nak tao ape hadiah dia ?

tekan sini mehh sayang2 -----> hadiah

Pencarian rakan beloglist April & Mei by cik akak



aumm cik akak comel cari rakan beloglist nieh . jum ler pakat2 join . good luck cik akak =D

klik banner untok join okayh .

teringin nak di review oleh cik akak =D

Isnin, 25 Mac 2013

20 Cara Menjadikan Roomate Anda Gila :


tengah sibok baca mesej fb yang lama2 . teiba terbaca nieh . so ape lagi ? share lah ngan kwan2 kan . tunggu lagi . hahah . kinda funny sikid . =D

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.
2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”
3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.
4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”
5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.
6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”
7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”
8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.
9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”
10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.
11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.
12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.
13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.
14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.
15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.
16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.
17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau. <---- b="" hatnih="" kejam="" kowd="">
18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.
19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.
20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

Ahad, 24 Mac 2013

rAiNbOw SeGmEn



tekan banner untok join . aumm . banner dia comel sngad . =D



SYARAT-SYARAT

1) Follow blog ni.
2) Like fanpage aku kat sidebar bahagian DISCLAIMER.
3) Follow, klik dan like semua sponsor. 
4) Buat entri, tepek banner comel diatas dan linkkan banner tu ke entri ni. Kemudian, tinggalkan link entri korang di comment box.

HADIAH DAN SPONSOR

Hadiah dari aku : Header x2, animated banner x2 cursor x3

Eika : Bloglist x5 ,doodle x2 review blog x2 (FollowLike)
Fiza :Top up RM3 x1 (FollowKlik)
Aimi Dyna : Bloglist x5 (FollowKlik)
Farsya : Header x2 (Follow)
Asmaa' : Bloglist sebulan x4, review blog x8 (Follow, Klik)
Syariza : Topup RM5 x2, Topup RM10 x1 (Follow *wajib*) (Follow *tak wajib*)

PEMBAHAGIAN HADIAH

1st place : Header, doodle, topup RM10, cursor
2nd place : Header, doodle, topup RM5, cursor
3rd place : Bloglist - Asmaa', topup RM5, cursor
4th place : Bloglist - Asmaa', topup RM3

(28 pemenang saguhati)

Bloglist sebulan x3 - Asmaa'
Review blog x8 - Asmaa'
Bloglist sebulan x5 - Eika
Bloglist x5 - Aimi
Animated banner x2 - by me
Header x2 - by me 
Review blog x2 - Eika

Keputusan dengan cabutan Random.org.

TARIKH TAMAT : 27 Mac 2013

GIVEAWAY GOSSIP GIRL


nak join ? tekan banner . tngah jalan2 tadi ternampak GA nih . syarat senang , hadiah pon gempak so join je lha . tmbah follower kn =D

Seperti yang aku cakap di previous entry : PERSEDIAAN GIVEAWAY : Z for Zati maka aku nak lancarkan 1st GA ever. *bunyi drum*

SYARAT-SYARAT
 FOLLOWERS BLOG INI  [akan diperiksa]
 LIKE FANPAGE BETA Z FOR ZATI [akan diperiksa]
 BUAT ENTRY BERTAJUK "GIVEAWAY GOSSIP GIRL"
 KOPIPES ENTRY DALAM BLOCKQUOTE DIBAWAH KE DALAM ENTRY ANDA
 LETAK BANNER GA DI SIDEBAR ANDA [akan diperiksa]
 TINGGALKAN LINK ENTRY DI KOMEN DIATAS ENTRY INI / PM FB ZATI

LINK PENYERTAAN :LINK FB :
*Link FB sebab senang nak hubungi pemenang nanti =D pemenang dari cabutan undi manual. bukan uncle RANDOM ORG .

 Jangan tipu-tipu. Allah tahu anda jujur ke tidak. KAU TIPU AKU TENDANG KAU JAUH-JAUH DARI GA NI ADA FAHAM ? BAGUS

KOPIPES ENTRY INI KE DALAM ENTRY ANDA

llv




HADIAH
  • SATU NOVEL "SEMILIR CINTA"
  • 5 RIBBON BROOCHES
  • 5 HEART BOOKMARK CORNER + 10 STICK BOOKMARK
  • 20 LAMINATED BLOGGER BOOKMARK
  • 9 LOLLIPOP ICE CREAM

50 PEMENANG 

*SEMUA PESERTA AKAN DIMASUKKAN KE DALAM BLOGLIST + hadiah penghargaan sebab join. p/s : x mahal pun.

Give-Away Pertama By Diary Oren


ehem2 . cik oren nieh baru je buad first GA . jomlah join , meriahkan GA dia . mehh ramai2
join . tekan banner dia yg comel tuh

bile tamat ? bile2 mase pon boleh tamat cik oren kata .
kurang dari 30 peserta GA akan ditamatkan T_T .

tunggu ape lagi , jomlah join . syarat cik oren , follow blog dia ngan like fb fanpage je .

hadiah ? biarlah rahsia... tapi cuma ada 5 pmenang je tau

Sabtu, 23 Mac 2013

Segmen: Saya nak doodle dari MH!



wahh comel tak banner tuh ? kalau nak join . klik banner kat tu jee

kalau boleh kita doodle perempuan berhijab , mulut senyum lebar dengan tangan kat pipi , pkai baju peplum . eehheh , pakai dress pun bolee .

nak warna pink . tak kisah pink ape pon asalkan pink .

peminat setia pink =D

tarikh tamat 10APR 2013

p/s : doodle dia buad tersangatlah comel


Jumaat, 22 Mac 2013

3D street


tadi searck kat mr.google . how cool is dat . ohsemm ? super duper ohsemm . bila tengok balik , kita tau betapa mengkagumkan kuasa yg ALLAH bagi kepada pelukis2 ni kan . lukisan nih mmg nmpak real . duduk dengan adik and cari hbes gmba2 yg nmpak real gila . kalau boleh , nak je pegy mlawat tmpat2 nieh . in sha allah . kalau di izinkan . excited . 


nak park keta kat sini pikir dua tiga kali . turun keta and check dlu . hahah


woahhh . how cool is dat ?


nmpak tak karpet tu terangkat sikid . woahhhh . kreatif giler



cool kan

eagle !

perghhh . wordless

cartoon ! dulu kecik2 selalu pikir . giant tu wujud kha . hahah

pacman ! comell

woahhh honey ! careful please



hate us cause we beautiful
well we don't like u either
we cheerleader
we are cheerleader
*teringat sorak kat skolah dlu*


oh my gucci ! we going to fall


kalau aku , tak kluar rumah dha . muahahha


that that old man need to rest dude


watch out  !














well enjoy me and my brother research . haahh . sangatlah kan

p/s : kagum dengan bakat diorang

Dahulu rancak menulis, sedar-sedar 10 tahun berlalu

Selepas 10 tahun meninggalkan dunia blogging, barulah tersedar betapa minat menulis yang dahulunya menghidupkan hari-hari saya semakin terlu...