Skip to main content

Tazkirah ahad buat kaum hawa



Wanita Syurga Adalah Wanita Yang Sentiasa Beriman Kepada Allah Malah Di-Sayangi Oleh Allah Taala


Wanita ibarat bunga cantik pada pandangan mata hanya sementara. Mereka yang kekal cantik bukan pada wajah tetapi cantik pada akhlak yang mulia, kerana akhlak adalah bunga diri.

Tiada gunanya berwajah cantik tetapi mempunyai akhlak yang buruk. Tiada guna berwajah cantik tetapi hati kosong daripada iman, ilmu dan amal.

Wanita mempunyai pilihan samaada ingin menempatkan diri ditempat yang mulia yang diredai Allah atau ditempat yang hina yang disukai iblis laknatullah.

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu umat banyak terletak di tangan wanita yang menghayun buai.

Wanita solehah adalah wanita yang menempah tempat duduknya di dalam syurga, tetapi bukanlah mudah untuk memasuki syurga Allah S.W.T. Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi ketika hidup didunia ini.

 Oleh itu sebagai anak , dia mahu menjadi anak yang mentaati dan menghormati kedua ibu bapanya. Sebagai anak muda dia mahu menjadi gadis yang berhemah dan akhlak mulia.

Sebagaiisteri, dia mahu menjadi isteri yang menyenangkan dan mententeramkan hati suaminya.

Sebagai ibu, dia akan mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Dan pasti sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya.

Allah S.W.T menawarkan jalan mudah untuk wanita memasuki syurga Allah.

Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud :

“Seorang wanita yang mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadan), memeliharakemaluannya serta taat kepada suaminya maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya.”

 (Hadis Riwayat Abu Nuaim)

Terdapat tempat syarat sahaja tawaran Allah S.W.T. khusus untuk para wanita untuk memasuki syurga Allah S.W.T. seluas langit dan bumi, malahan mereka bolehmemilih mana-mana pintu yang ia kehendaki.

Sedangkankaum lelaki tidak mendapat peluang keemasan ini kerana banyak lagi syarat-syarat lain yang mesti dipenuhi barulah ia layak memasuki syurga Allah S.W.T.

Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

 “ Seorang wanita solehah lebih baik daripadaseribu lelaki. Dan seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibuka lapan pintu syurga yang manadia dapat masuk dari pintu mana yang saja tanpa hisab.”

Ada sebuah riwayat iaitupada zaman Rasulullah S.A.W, seorang lelaki yang akan berangkat untuk berperang di jalan Allah. Dan berpesan kepada isterinya:

 “Wahai isteriku…jangan sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini sehingga aku kembali.”

Secara kebetulan ayahnya menderita sakit, maka wanita tadi mengutus seorang lelaki menemui Rasulullah S.A.W. Baginda bersabda kepada utusan itu agar wanitaberkenaan mentaati suaminya.

Namun wanita itu mengutus utusannya bukan hanya sekali malah beberapa kali meminta kebenaran Rasulullah.

Namundemi mentaati suaminya dia tidak berani keluar rumahnya. Akhirnya ayahnya meninggal dunia tanpa sempat dia menatap wajah ayahnya buat kali terakhir.

Diatetap sabar sehingga suaminya pulang. Maka Allah memberi wahyu kepada Rasulullah S.A.W yang berbunyi:

“Sesungguhnya Allah telah mengampuni wanita tersebut disebabkan ketaatannya kepada suami”.

Dalam riwayat yang lain mengatakan bahawa Allah turut mengampun dosa ayahnya disebabkan ketaatan anaknya itu.

Dalamperistiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah S.A.W telah melihat ke dalam syurga yang mana Allah masukkan wanita ke dalam syurga lima ratus tahun lebih awal daripada suami mereka.

Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W  bersabda yang bermaksud:

 “Apabila seorang wanita mencuci pakaiansuaminya maka Allah mencatat baginya seribu kebaikan, diampunkan dua ribu kesalahan bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan Allah mengangkat seribu darjat untuknya.”

Kelebihan memiliki wanita yang beriman iaitu seorang wanita solehah lebih baik daripada seorang wali Allah, wanita yang menguli tepung dengan membaca Bismillah akan diberkati Allah rezekinya, wanita menyapu lantai dengan berzikir akan diberipahala seperti membersihkan Baitullah, wanita yang solehah lebih baik daripada tujuh puluh lelaki yang soleh.

 Allah akan memberkati rezeki apabila wanita memasak sambil berzikir, seorang wanita yang menutup auratnya ditingkatkan olehAllah cahaya wajahnya tiga belas kali daripada wajah asal, dan Allah sendiri akan datang untuk berjumpa dengan wanita yang mengambil berat auratnya diakhirat nanti.

Rasulullah S.A.W memberitahu kepada sahabat-sahabatnya bahawa wanita itu (isteri pencarikayu bakar) termasuk salah seorang ahli syurga disebabkan kemuliaan dan keanggunan sikapnya kepada suaminya.

Sahabat-sahabat pun berjumpa dan bertanya kepada wanita itu apakah sikap dan amalannya yang ada pada wanita itu sehinggakan ia termasuk salah seorang ahli syurga seperti yangdinyatakan oleh Nabi S.A.W.

Wanita itu berkata:

 " Apabila suamiku pergi mencari kayu bakar, aku merasakan betapa beratnya ia mencari nafkah. Aku merasakan betapa hausnya dia di pergunungan.

Untuk itu setiap kali ia pulang, aku selalu menyediakan air dingin yang terus boleh diminumnya.

Aku menyusun dan mengatur rumah serapi mungkin. Aku menyediakan makanan untuknya. Aku memakai pakaian terbaik yang aku miliki untuk menyambut kepulangannya.Disaat ia masuk ke rumah aku menciumnya dengan penuh kerinduan.

Aku pasrahkan diriku kepadanya. Aku menyiapkan keperluan jika ia inginberistirehat. Aku juga selalu berada di sisinya, sehingga ketika manapun iamenginginkan aku berada disampingnya."

Tanda-tanda Wanita Beriman serta baik akhlaknya :

1 - > Beriman kepada Allah & Sabar akan ujian dari-NYA

Tekun dan bersungguh-sungguh beribadah kepada-Nya. Sabar dalam menempuh kesusahan(ujian) daripada Allah dan dalam mengerjakan perintah-perintah-Nya, sentiasabersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati-Nya.

2- > Mentaati pada perintah suami serta tidak derhaka kepadanya (suami)

Mentaati suami, reda dengan pemberian suami, melayan suami dengan baik (darisegi makan minum dan hubungan kelamin), bersopan santun dalam percakapan dan tindakan,menjaga aurat dan kehormatan diri, memelihara maruah suami dan selalu mendoakan kesejahteraan untuk suaminya.

3- > Hormati pada ibubapa sertataat pada mereka

Mengasihiibu bapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka (terutamaketika mereka sudah tua).Ingatkan jasa-jasa dan pengorbanan mereka membesar danmendidik kita. Oleh itu, selalulah berdoa kepada Allah, moga-moga mereka mendapat kesejahteraan di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat.

4- > Hormati & beraklak pada jiran & rakan

Baikpergaulan sesama rakan, jiran atau masyarakat sekeliling. Tidak menganggu atau menyakiti mereka, sebaliknya sentiasa membantu dan memudahkan kehidupan mereka.

Wahai kaum wanita yang solehah!

Ambillah dan rebutlah peluang keemasan ini, syurga yang kekal abadi menunggu kalian sekiranya kalian berazam untuk memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T dan di sampaikan oleh Rasulullah S.A.W. seperti di atas.

Wallahua’lam…

AllahS.W.T berfirman:

“Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut):

ada padanya beberapasungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih.

Dan ada pula untuk mereka di sanasegala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidaksama)!”

(Surah Muhammad Ayat 15)

Allah S.W.T berfirman lagi :

“ … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam Surga yangmengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.”

(Surah An Nisa’ Ayat 13)
credit : 
الإسلاميةصديق


indahnya menjadi seorang wanita yang taat perintah ALLAH . ganjarannya tak ternilai . jagalah aurat kita . kita tentu taknak melihat ayah mahupun suami kita ditarik ke akhirat nanti .

muhasabah diri =)

Comments

Popular posts from this blog

Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli

Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli Eraz Fadli mengajak semua blogger untuk join  Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli .. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua.. Segmen ini bermula pukul 8.30 pagi hingga 11.59 malam ini sahaja.. Top Refferal akan mendapat sesuatu daripada  Eraz Fadli ..  Syarat : - Follow blog Eraz Fadli   , dan like Page E'raz Fadli .. Buat tajuk entri  Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli .. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri.. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.. # Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini  Eraz Fadli  kreditkan kepada blogger Mia Liana .. 

segmen Kenali Saya Purple Sweetyzhanieyz83

akak nao mei buad first segmen dy , nak join tekan banner tuh . syarat2 dia memang senang gila . cik akak thank sebab buad awal , hehhe . sayang cik akak sngat2 . so jomlah ramai2 meriahkan segmen cik akak yg comel nyh =)

MEGA GIVEAWAY by DJH

hye awak2 . jom join segmen nyh . segmen nyh awesome oo kite tag  senorita bahrain and nao mei