Skip to main content

Tazkirah jumaat


 Menzalimi & Tidak Takut Akan Bala Yang Akan Allah Turunkan Kepada Hamba Yang Tidak Takut Akan Azab-NYA (Allah)

Manusia yang dikasihi Allah adalah orang yang meninggalkan sifat dan perbuatan yang dibenci oleh Allah dan selalu mengamalkan perbuatan dan sifat yang dikasihi Allah.

Dari Al-Quran dan hadis dapatlah dipetik beberapa golonganmanusia yang dimurkai oleh Allah:

 Baginda Rasulullah S.A.W telah berfirman:

 “Tiga golongan manusia yang sangat dimurkai Allah iaitu yang cenderung kepada perkara yang haram, orang yang mengikutperbuatan jahilliyah dan orang membunuh orang lain tanpa hak. Riwayat Bukhari dan Muslim. Perkara yang haram disini meliputi semua hal yang diharamkan dalam Islam.”

Sabda Baginda Rasulullah S.A.W lagi:

“Sesungguhnya paling ku benci dikalangan kamu kepadaku dan dijauhkan tempat dudukku di hari kiamat ialah orangyang banyak bercakap tanpa teliti… iaitu orang yang takbur.”

(Hadis Riwayat Riwayat Tarmizi)

Contoh perbuatan takabbur ialah:

 1 -> Orang yang melihat akan kebenaran tetapi tidak mahu mengikut disebabkan ia takabbur.

 2 -> Orang yang diterangkan hujah yang benartetapi ia tidak mahu  menerima maka ia jadi takabbur.

 3 -> Orang yang menghina orang lain adalah takabbur.

Allah S.W.T berfirman:

 "Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang zalim."

(Surah Al Imran ayat 58)

 Sifat zalim yang dilakukan oleh seseorang tanpa sedar dalam tiga bentuk iaitu:

Zalim pada Allah seperti syirik, menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya, melanggar batas ketentuan Allah, mengadakan kepalsuan kepada agama Allah dan sebagainya.

 Zalim pada diri sendiri seperti mengikut hawa nafsu,menolak kebenaran dan peringatan, engkar pada perintah Allah dan perbuatan-perbuatan yang akan menjerumuskan dirinya ke neraka.

 Zalim kepada orang lain seperti mengumpat dan merendahkan orang Islam, buruk sangka dan membuat fitnah dan semua perbuatan yang menyebabkan orang lain menerima kesusahan.

Allah S.W.T berfirman:

 "Taatilah Allah jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir."

(Surah Al Imran Ayat 32)

Mentaati Allah adalah bermaksud menunaikan segala apa yang diperintahkan dan meninggalkan segala apa yang dilarang.

Orang yang ingkar menunaikan perintah Allah sesungguhnya telah berpaling menentang Allah manakala orang yang melakukan apa yang dilarangoleh Allah telah derhaka terhadapnya.

Allah S.W.T berfirman:

 "Dan pergilah di jalan Allah orang memerangi kamu tetapi janganlah kamu melampaui batas kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.

(Surah Al Baqarah Ayat 190)

Melampaui batas di sini selain bermaksud kita mestilah mempunyai had dan ketentuan dalam memerangi orang kafir Muahad, juga bermaksudjanganlah kita melakukan hal-hal lain yang seumpamanya seperti memohon dipermudahkan untuk melakukan hal yang haram seperti tikam ekor, menang judi dan sebagainya.

Allah S.W.Tberfirman:

 "Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan."

(Surah Al 'Araf Ayat 31)

 Perkara yang membazir atau berlebih-lebihanialah:

 1 -> Berlebih-lebihan dalam membeli.

 2 -> Membeli benda yang haram.

 3 -> Membelanjakan harta di jalan yang haram.

 4 -> Berbelanjakan kawan pada jalan yang merosak atau melalaikan ataumenjadi kejahatan.

 5 -> Berlebih-lebih dalam hal berpakaian.

 Firman Allah S.W.T lagi:

"Sesungguhnya Allah tidakmenyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri."

(Surah Luqman Ayat 18)

Serta Allah S.W.T lagi:

"Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berkhianat."

 (Surah Al Anfaal 58)

Dua jenis khianat yang nyata ialah:Mengkhianati apa yang diamanahkan orang kepadanya. Mengkhianati amanah Allah kepada kita seperti Allah menyuruh membelanjakan harta yang dikurniakan kepada kita dijalanNya tetapi kita tidak melakukannya.

Wallahua’lam…

Allah S.W.T berfirman:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika Allah kehendaki (supaya aku tidak membacakan Al-Quran ini kepada kamu),tentulah aku tidak dapat membacakannya kepada kamu dan tentulah Dia tidakmemberitahu kamu akan Al-Quran ini (dengan perantaraanku), kerana sesungguhnya aku telah tinggal dalam kalangan kamu satu masa yang lanjut (dan kamu pula mengenal aku sebagai seorang yang amanah) sebelum turunnya Al-Quran ini,  maka mengapa kamu tidak mahu memikirkannya? Dengan yang demikian, tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yangberdusta terhadap Allah atau yang mendustakan ayat-ayatNya.

Sesungguhnya orang-orang yang berdosa itu tidak akan berjaya.”

 (Surah Yunus Ayat 16-17)

terima kasih kerana sentiasa mengepost takzirah anda di FB sy . =)
Statement@Article - > الإسلاميةصديق

Comments

Umie Amirain said…
Alhamdulillah..thanks for remind us...^_^
Unknown said…
Alhmdullilh..sama2 kita mendapat ilmu ini..salam jumaat ..=D
Unknown said…
salam jumaat dik....
thank perkongsian...

klik iklan nuffnang :)
nurains said…
thanks for this sharing :)
Anonymous said…
nice sharing :) muhasabah diri

Popular posts from this blog

Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli

Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli Eraz Fadli mengajak semua blogger untuk join  Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli .. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua.. Segmen ini bermula pukul 8.30 pagi hingga 11.59 malam ini sahaja.. Top Refferal akan mendapat sesuatu daripada  Eraz Fadli ..  Syarat : - Follow blog Eraz Fadli   , dan like Page E'raz Fadli .. Buat tajuk entri  Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli .. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri.. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.. # Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini  Eraz Fadli  kreditkan kepada blogger Mia Liana .. 

segmen Kenali Saya Purple Sweetyzhanieyz83

akak nao mei buad first segmen dy , nak join tekan banner tuh . syarat2 dia memang senang gila . cik akak thank sebab buad awal , hehhe . sayang cik akak sngat2 . so jomlah ramai2 meriahkan segmen cik akak yg comel nyh =)

MEGA GIVEAWAY by DJH

hye awak2 . jom join segmen nyh . segmen nyh awesome oo kite tag  senorita bahrain and nao mei