

Bila saya jatuh cinta lagi . saya tertanya-tanya benarkah
ini sememangnya cinta atau hanya kerana saya yang kebosanan . untuk saya
betul-betul jatuh cinta itu mungkin hanya dua kali dan mungkin yang ini kali
ketiga . bukan senang untuk wanita seperti saya mengucapkan cinta dari hati . saya
mampu ungkapkan I love you buat seribu
lelaki tapi takkan pernah ada yang lahir dari hati . ia hanya ayat yang lahir
di bibir ini dan mati di telinga yang mendengar . setelah hampir setahun
berpisah , hadirnya seorang lelaki yang mengetuk pintu hati ini dengan gayanya
yang selamba . mungkin kerana terlalu selamba . dia tak sedar dia dah buat diri
ini jatuh cinta . caranya mampu menarik minat sesiapa sahaja . tapi dari
caranya juga saya tahu ada seseorang yang berada dalam hatinya . cukuplah saya
jadi perampas hanya sekali , tak mungkin akan terulang benda bodoh itu kembali
.
Wahai Sayangku ,
Awak bukanlah yang pertama
Mahupun kedua
Tapi percayalah awak bukan ketiga
Tapi awak yang terakhir di hati ini
Namun andai di hati awak sudah ada yang bertakhta
Jujurlah dengan saya
Saya pasti terima seadanya
Sebab saya bukanlah wanita yang kejam
Saya takkan lukakan hati wanita lain untuk kesenangan hidup saya

Saya menangis dalam diam , sakitnya sama seperti
ditinggalkan orang yang kita cintai sedangkan kita cuma berkawan . pelik bukan
? sakitnya hanya saya yang tahu . tolonglah pergi jika awak hadir hanya untuk
singgah di hati saya . berilah peluang kepada lelaki lain yang ingin selamanya di
hati saya
Kau ingatkah
Perkenalan kita yang pertama
Kau hantar wechat kepada aku dahulu
Bermula di situ aku jatuh hati padamu
Kau selalu buat aku tersenyum melayan kerenahmu
Caramu buat aku senang denganmu
Kata katamu mengambil hatiku
Kenakalanmu menarik minatku
Sungguh-sungguh aku jatuh cinta
Sungguh-sungguh tolonglah percaya
Kau buat aku jatuh cinta
Oh sayangku

Comments