Isnin, 7 Oktober 2013

Ahad, 6 Oktober 2013

surat buat mama

assalamualaikum mama ,
kaka nak ucap terima kasih buat mama sebab jaga kakak dari kakak kecil sehingga sekrang . 9 bulan dalam rahim , 18 tahun di dunia ini . kakak nak minta maaf sebab selalu buat mama marah , mengamuk dengan perangai kakak yang agak degil ni . terima kasih sebab tetap masak setiap hari walaupun masa mama tengah sakit , terima kasih sebab sanggu jaga kakak masa kakak masuk hospital dulu walaupun masa tu mama tengah mengandung . mama suka membebel , kakak paham tu cara mama nak lepas masalah mama , kepenatan mama . terima kasih sebab selalu belikan barang yang kakak nak . semahal mana pun barang tu mama mesti belikan untuk kakak . bagi mama duit bukan segalanya nak di bandingkan dengan kasih sayang . bagi kakak , kasih sayang yang mama bagi tak ternilai dek harta di dunia . sepenat manapun mama , mama tetap bersihkan rumah . kuatnya mama . masa kecik dulu mama pernah tanya kakak nak kahwin tak ? . kakak cakap kakak taknak sebab kakak nak jaga mama . bila besar , mama cakap kat kakak . kakak ni mesti kahwin dulu sebelum nasya senan kakak gatal . haha . bagi kakak pakwe tu umpama pasir dilautan ja . tak ternilai macam keluarga yang bagai permata tu . kakak tetap akan jaga mama walaupun kakak dah kahwin sebab kakak sayang mama ngan papa .
mama ,
terima kasih sebab sanggup jaga papa . layan kerenah papa yang macam budak2 . emosi papa tak menentu , kejap marah kejap suka kejap sedih . terima kasih sebab tak pernah merungut nk tukar pampers papa , sanggup bangun malam2 sebab nak jaga papa . sanggup masak apa yang papa nak makan , terima kasih sebab tak pernah abaikan kakak , nasya ngan adam . 
terima kasih untuk segalanya . kakak tahu mama nak yang terbaik . inshaallah . kakak akan berikan yang terbaik
dari sayangmu ,
kakak.

love you mama

Sabtu, 5 Oktober 2013

kisah seram di PLKN



cerita-cerita seram kat kem ni memang banyak . biasalah bukan selalau orang duduk . macam gap kumpulan 2 ngan kumpulan 3 ada dalam sebulan dua kan . pastinya adalah yang datang untuk menginap kejap kan.
cerita first ni berlaku masa kami baru nak start aktiviti , well dah penat ngan orientasi semua . pergi basuh2 muka dan ready nak tidur lah kan . baru terlelap mata , tetiba dengar orang menjerit baca ayat kursi . perghh meremang bulu roma , dah la dorm kami cuma 16 orang ja . semua pakat lari pergi kat pintu nak tengok apa jadi . rupa-rupanya ada budak dah kena rasuk kat dorm 6 . sepatutnya saya pun duduk dalam dorm tu tapi lari awal ngan kawan sebab nak duduk dalam geng kan .
semua dikumpulkan dalam cilik rehat kecuali dorm 5 , dorm budak bravo sbb diorang lansung tak keluar dari bilik . semua duduk diam ja , yang chinese , doa cari depa , india doa cara depa . kita hat islam ni baca apa yang patut . dan yang paling tak best ialah , kite tengah bendera merah pulak time tu , badan tak kuat la kan . so mula2 duduk dengan budak charlie . ntah macam mane , seorang budak tu duk nangis2 pastu bila dy start meraung , pakat lari la semua , lari terus pi duduk ngan geng alpha . pegang kuat2 tangan ida mmg tak lepas . badan dah start menggeletar dah time tu . tapi kuatkan juga diri , kita tak boleh lemah dalam hal ni , kena kuat . yang penting jangan nangis . benda tu makin suka lah . bila keadaan dah makin teruk , yang kena histeria terus bawa pi jumpa ustaz . yang lain balik dorm . first2 tidur satu katil dua orang ngan lisa la kita tapi tahan lama mana sngat , boleh bayang lah , call kawan minta tolong kawan pasang ayat nak dengar sebab tak boleh tidur . badan vibrate habis . tidur dengan handset terpasang ayat al quran baru lega tidur . pastu esok , kami kena baca yaasin sebelum tido .
seterusnya dicerita oleh orang yang kena rasuk tu sendiri , ili . time tengah bertugas sambut tetamu yang tak datang pun time melawat kan . hahha . sembang lah kami2 . dia ceritalah yang dia memang jenis boleh nampakbenda2 halus tu kan . dia bagitau first week kat sana  diorang selalu nampak ada orang dekat dorm 4 , tengah jalan2 , ada yang bersembang and dengar orang cakap yang penting . dia ingat budak bravo duduk dorm tu sampai cikgu cakap dorm 4 kosong , kami tak boleh duduk dorm tu . dorm tu dikunci . scaryyy . sapa yang diorang selalu nampak ? dorm 3 bertentangan dengan dorm 4 . kami selalu lalu dorm tu kan , dorm tu mmg nmpak scary . kalau boleh balik rollcall yang lepas dari kul 12 , lebih elok jangan pandang lah dorm tu kan . then ili cerita hantu2 yang ada kat situ . perghh bnyak kot .
1. hantu lelaki bogel yang suka lari atas tiang elektrik
hantu ni suka lari dekat2 senja , time kami semua tengah bersiap nak pergi solat kat surau .
kalau tengah malam dengar bunyi benda jatuh dekat atas bumbung tu memang hantu tu lah . bunyinya dia memang kuat gila , yang tak tidur memang selalu kena kacau ngan dia
2. nenek kebayan
yang ni selalu muncul kat dorm 6 . dalam toilet . first2 ada sorang budak delta ni teman kwan dia nak gosok gigi . tunggu punya tunggu . dia tak keluar . yang kwan ni pelik lah . terus masuk bilik . yang duk gosok gigi tu still kat dalam toilet , tengah tengok kat cermin , boom ! dia nmpak nenek tu kat sebelah dia , nasiblah dengan muka cantik . kawan ni gelanah terus masuk bilik . terus cerita kat member2 dia . lepastu ? sapa nakpi toilet lepsa kul 12 kena ada 3 atau 4 orang teman
tu baru sikit ada bnyak lagi . nanti sambung lagi . ada kisah saya sendiri alami terbawa balik benda tak elok dari kem . uuuuuuu
p/s : time menulis ni , bulu roma tegak berdiri . terkenang balik benda2 tu

Giveaway Topup Kasih Lestari Abadi



tekan banner untuk join

ada 20 hadiah topap RM5 untuk dimenangi . tunggu ape lagi ? jom join

Jumaat, 4 Oktober 2013

Segmen Saya Mahu Header Free Bhgian II by SyafiqahAkmal



tekan banner untuk join


 nama blog : ungorgeous blog (pink and black)
 tagline blog : just a writer with a lot of ideas (black)

kalau boleh nak header bentuk kerawang . comell jaaa

Duo Giveaway by Aliya & FD



tekan banner untuk join
tamat 16/10

Senarai Hadiah ;
- Tudung Bawal Alisya & Shawl Alisya (top refferal blog aliya & FD )
- 1x Magic Inner Neck
- 5x Brooch & 5x Casing (2 hadiah untuk seorang pemenang )
- 3x Set Brooch Felt
- 5x Button Badge

Mini Giveaway EkaTikah Craft




Alhamdulillah, tiba sudah bulan 10 iaitu bulan yang dinanti-nantikan. Bulan yang mempunyai seribu satu makna bagi aku dan juga keluarga. Heee



Bersempena dengan hari baik, bulan baik dan juga merupakan bulan kelahiran aku *take note*, satu Mini Giveaway EkaTikah Craft akan diadakan. Hadiah semuanya berunsurkan craft. Mungkin hadiah tidaklah semahal mana, tetapi yang penting ikhlas dari hati. Hee



Segmen ini akan berlangsung mulai 2 Qktober 2013 dan berakhir 30 Oktober 2013.



Hadiah-hadiahnya:

1 hadiah misteri untuk seorang top refferal

2 bantal craft bersaiz 1/2 A4

5 Keychain Cendawan

5 Keychain Love

5 Handphone Strap Stawberri

3 bekas tempat cucuk jarum

10pcs Brooch Rose

5 batang Bookmark

10 blog tersenarai dalam bloglist Blog Bila Jari Mula Menaip



-Gambar hadiah akan di update kemudian dan kemungkinan hadiah akan bertambah. Pemilihan pemenang berdasarkan random.org-



Syarat-syaratnya:

1- Mestilah Warganegara Malaysia dan merupakan followers

Blog Bila Jari Mula Menaip

3- LIKE Page Bila Jari Mula Menaip di Facebook.



4- LIKE gambar Colourful Bookmark di SINI atau klik gambar di bawah:


5- Klik SINI SINI SINI dan SINI
6- Sediakan satu entri bertajuk "Mini Giveaway EkaTikah Craft".
7- Copy code yang tersedia ada, paste di HTML entri anda dan publish.
8- Hanya perlu hantar link penyertaan anda di ruang komen entri ini.

Mudah bukan? Tunggu apa lagi, klik banner EkaTikah Craft di atas untuk join.


Dahulu rancak menulis, sedar-sedar 10 tahun berlalu

Selepas 10 tahun meninggalkan dunia blogging, barulah tersedar betapa minat menulis yang dahulunya menghidupkan hari-hari saya semakin terlu...