Rabu, 23 Oktober 2013

soalan-soalan temuduga masscomm


bulan lepas ada temuduga UiTM untuk kos komunikasi dan media massa atau singkatannya masscomm lah kan . mula-2 tak terasa sangat debaran tu . then bila dah smpai sehari sebelum nak pergi temuduga . makan tak lalu , tidur tak lena but tidur pukul 10 malam . dalam tak lena tu . temuduga start pukul 2.30p.m . kita yang duk kat alor setar ni kena bergegas lah pergi sungai petani kan . terjaga pukul 6 pagi . tak mampu nak tidur dah . bukan komputer then start hafal nama menteri dengan kaji pasal isu semasa . buat penat ja kaji isu semasa , kenapa ? nanti kita jawab . ok aunty cakap nak pergi temuduga , do not wear something that is eye catching . kenapa ? sebab taknak penemu duga tu kata "woahh , terangnya baju budak ni", its not good for you to make them do that kind of impression when they barely didn't start to interview you yet . and yeaahhh . temuduga tu fully english . pandai-2 korang lah nak paham . study english elok-2 . jangan asyik kata english tu bahasa penjajah bila bahasa tu akan jadi sebahagian hidup korang

temuduga ni ada dua bahagian . 1. essay , 2. temuduga lah .
essay hanya ada 3 soalan sahaja . takkan berubah rasanya soalan tu .
what is masscom , why do you choose this programme , what you can contribute for masscomm in future

apa yang kita jawab ? haha merepek and walaupun dictionary boleh dibawa . no use ! cause we all get 30 minutes to write a 180 words essay , the words that you want to find is seriously make you lost your time . trust me . make a draft at home .

sementara tunggu nama nak di panggil , tengok nama kita num 7 . so chill lagi , ambil handset then tengok pasal isu semasa . time tu umno election tengah hangat . cari-2 key untuk dihafal . tetiba , MAISARAH AISYA BT ISMAIL . semua pandang , dalam hati *chill okay , its my name not yours . senyum tengok orang sebelah* . mana pegi budak lain , kita pula jadi num 3 .

*ketuk pintu*
penemuduga : come in

me : assalamualaikum

him : waalaikummusalam , put your file here and you can start by telling us about yourself

me : my name is maisarah aisya , i live in kedah ... bla2 . rase macam budak baru masok sekolah .

him : what is special about you

me: *okayy time ni mmg garu kpala jap . apa yang special pasal aku ? tak ada papa kot but still belasah jaa* . cakap lah . i'm just an ordinary girl that really want to fulfill my gold and make my parents proud . actually panjang lagi tapi tak ingat dah

him : give me one name of tokoh journalism *lebih kurang soalan dia*

me : can i say a name of novelist ?

him : yes sure

me : damya hanna *kak damya kita sebut nama kakak tauu*

him : what is so special about her ?

me : *ahhh , masak aku cenggini nasib tak belasah tokoh journalism tadi* . there is something about her writing that can move your heart . i want to write like her . i want people to share feeling that i have . i want my word to change things one day .

him : give me the name of menteri pulau pinang

me : *otak start blank* next question please . *senyumm jaaa*

him : *senyum* menteri kedah ?

me : * melampau kaalu tak tau nihh . tapi dah main dengan gugup . boleh pula sebut mahathir . then tetiba tercakap . ehh tu bapa dia . *dato mukhriz sir .

him : *tergelak* okay that is all . you have any question to ask us

me : if we pass the diploma , are we get to choose what we want to study for degree or you give us ?

him : it depends on first come first serve . if the course you want is full , we will put you at another course .

me . okay . thanks sir

him : please call the next person

alhamdulillah , dah dapat pun temuduga tu . yang penting senyum ja , nanti penemuduga tu pasti akan tersenyum jugak =) .
doakan saya yang akan pergi 16 haribulan ni . 






Giveaway Jom Menang


KLIK
BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:
i) 1 set perfume bernilai RM120.00
ii)
Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iii)
Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iv)
Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Keychain

Hadiah ditaja oleh Loveperfume & Yumida



TAMAT: 9 NOVEMBER 2013

Selasa, 22 Oktober 2013

ranking alexa


minggu lepas tengok ranking dalam malaysia , kita punya rank 28,908 . pagi tadi buka tengok dah 18,080 .
alhamdulillah , nak sngat ranking blog duk bawah 10,000 . inshaallah . kena usaha kalau nak berjaya



so apa lagi , tunggu masa free . kita blogwalking semua newbies blogger and senior2 blogger =D

pakai paint jaa . tk smpat nk crop apa . computer terus hang .

chaiyok-2 my blog !




Isnin, 21 Oktober 2013

SEGMEN : SUPER FOLLOWERS by YCHUN ESMAIL


tekan banner untuk join 

jom ramai2 support kawan sy ni . =D

bakal budak masscomm


alhamdulillah , setelah penat study selama tiga hari untuk interview masscom .
kepenatan itu hilang setelah tengok result harini


wahhh teruja sngat . lompat2 then peluk mama . alhamdulillah kan .

congrats jugak untuk sorang blogger yang sama2 pi interview ngan kita harituu .
jumpa kat sana lah kita . 

congrats : YCHUN ESMAIL

lagi satu , dia tengah buat segmen kat blog .

jom meriahkan segmen dia .

tekan banner di bawah okayh


Sabtu, 19 Oktober 2013

TPHB 1st giveaway



tekan banner untuk join

tamat bila cukup 40 followers .

cepat2 join

ramai2 kita sokong forst GA akak puteri ni ok

Jumaat, 18 Oktober 2013

bodohkan si ibu ?


Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas. 

Tiba giliran Naqiyudin Bilboa, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian.

Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka!

"Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi."

Pendedahan Naqiyudin Bilboa itu disambut dengan 'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Naqiyudin Bilboa menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya.

"Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!"

Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin Bilboa itu. 

"Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni... Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih..."

Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin Bilboa itu. 

"Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin Bilboa di hadapan tu!"

Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi.

"Takde apa cikgu. Maaf cikgu."

Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin Bilboa tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar. 

"Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?"

Cikgu Yong mengangguk.

"Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?"

Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin Bilboa.

"Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh."

Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin Bilboa menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin Bilboa sudah menyerang balas dahulu. 

"Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah.

Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi. 

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim. 

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik!

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia!

Kau ada...??"

Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas. 

Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata.

***

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya kekenyangan.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak. 

Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.

Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memahami erti doa seorang ibu. 

Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.'

Meskipon si ibu itu nampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!

# jangan kerana kita ada ibu yang punya kerjaya yang tinggi kita pandang rendah pada ibu yang hnya bekerja biasa sahaja . seorang ibu akan lakukan apa sahaja untuk anaknya meskipun dia terpaksa menahan lapar , menahan makian dari orang . hanya kerana ingin memenuhi permintaan anaknya . malukah anda mempunyai ibu sebegini . ya mak saya hanya suri rumah sepenuh masa . tapi dialah penyebab saya berjaya harini , dia yang akan bangun paling awal dan tidur paling lewat . sebab apa ? sebab kami . banggalah dengan ibu anda . 

tak cukup lagikah diorang terpaksa menaggung susah payah bawa kita selama 9 bulan dalam perut dia , dan bila kita keluar , kita bukan nak senangkan hati dia malah kita susahkan lagi . ingat , jangan sampai ibu kita cakap dia menyesal lahirkan kita . sesungguhnya , hati dia telah terluka sepenuhnya kerana kita .

ALLAHUAKHBAR , jagalah hati ibu anda . kerana mereka juga manusia biasa seperti anda .

Dahulu rancak menulis, sedar-sedar 10 tahun berlalu

Selepas 10 tahun meninggalkan dunia blogging, barulah tersedar betapa minat menulis yang dahulunya menghidupkan hari-hari saya semakin terlu...