Selasa, 24 September 2013

cerpen - OH SaHabaT part1


sahabat sejati
umpama pohon yang rendang
yang dapat menjadi
tempat untuk berteduh

“Zara ! kau ada dengar cerita tak yang kata Aina tu dah berubah lepas kejadian tu ?”, kata-kata Arash bagaikan angin yang lalu di telingaku .

Ya , mana mungkin aku lupakan hari itu . hari yang menyaksikan aku dan aina memutuskan persahabatan kami yang telah terbina hampir 9 tahun . hanya kerana salah faham , aku kehilangan satu-satunya sahabat yang memahami aku

aku ingat kau kawan aku Zara , tergamak kau sebar dekat orang rahsia silam keluarga aku . aku percaya dekat kau Zara , kau memang penipu ! sepatutnya aku dengar cakap alia , kau ni suka mengutuk orang sebab tu tak ada siapa pun yang nak kawan dengan kau ! harap muka ja baik tapi hati lebih kotor dari longkang !”, kata-kata Aina terluah seolah-olah dia tidak pernah mengenali Zara teman baiknya sendiri .

“alahai cik Zara kita ni mengelamun lagi . aku tak tahu apa yang kau fikirkan , asalkan aku sebut je nama Aina mulalah kau nak berdrama . kejap lagi menangis lah tu . haishh ! sakit jiwa aku tengok kau ni hah”, terus dibelek majalah yang sedia ada di hadapannya .

“Mula-mula Aina , sekarang kau Arash ? aku mampu ketawa bila orang lain hina aku , kutuk aku . tapi bila sahabat aku yang cakap kat aku , kau tahu tak apa perasaan dia ? sakit dia lebih dari putus cinta . aku sedar aku tak sempurna tapi jangan cakap aku macam kau tak kenal aku . sikit kau tahu tak !”, nadanya mendatar menahan geram namun tak pernah Arash melihatnya meninggikan suara walau apa pun terjadi . hebatnya engkau Zara memendam rasa kau itu , bisik hati kecil Arash

“Zara , aku minta maaf . Aku tak sengaja , aku tak nak tengok kau asyik menangis . mana Zara yang kuat , yang suka ketawa . Takkan sebab kata-kata aina tu , kau nak berubah . bodohlah kau sebab berubah untuk orang yang tak pernah jaga perasaan kau . aku tak pernah tengok Aina jaga perasaan kau . dia rendahkan kau dan kau mampu ketawa ? sedarlah Zara ! tu bukan sahabat Zara , tu namanya kawan tak guna . aku cuba gembirakan kau Zara . aku sayang kau Zara !”, terluah perasaan arash .

“sebenci mana pun aku terhadap aina , dialah satu-satunya kawan yang ada masa aku perlukan dia . aku tahu dia berubah tapi bukan sebab kemahuan dia . aku pasti ada orang pengaruh dia . dia takkan tikam belakang aku . aku kenal Aina , dialah sahabat paling sejati pernah aku ada Arash”.

p/s : kalau ada salah , tolong gtau yaa . =D

Tiada ulasan:

Dahulu rancak menulis, sedar-sedar 10 tahun berlalu

Selepas 10 tahun meninggalkan dunia blogging, barulah tersedar betapa minat menulis yang dahulunya menghidupkan hari-hari saya semakin terlu...