Sabtu, 9 November 2013

cerpen bukan untukku- bab 3

Dua minggu selepas suaminya berangkat ke London , aulia mula rasa tak sedap badan , dia sering muntah-muntah , tak lalu makan lagak seperti wanita mengandung .

“aulia , ibu tengok aulia asyik muntah saja , jom ibu bawa pergi klinik , kita pergi ambil ubat ya”, digosok lembuut belakang anaknya itu .

“itulah ibu , naz dah kata , pergi klinik . degil ! sakit biasa katanya . rindu suami konon “.

“aik abang naz ni , tambah perasa ke ? report kak wawa kan baru tahu”, lemah saja aulia berkata.

“amboi , ibu tengoklah perangai dia , dalam sakit tu , sempat lagi bergurau . dah , cepat bersiap , abang dengan ibu nak bawa aulia pergi klinik . No more excuses”.tegas nazreen

Kadang-kadang dia cemburu melihat kakak iparnya dengan abang tirinya . romantik tak bertempat .

“abang , wawa tengok keadaan aulia kan . wawa rasa takut pula .”dipaut lengan suaminya yang tengah memandu .

“alahh akak wawa ni kenapa ? yang sakit aulia , kenapa akak nak takut pula akak ni”.

“aka rasa penyakit aulia ni akan buat akak rasa tua nanti” 

“ehhh , pula . ibu , tengok kak wawa ni merepek ibu”.

“betullah apa yang kak wawa cakap tu . bukan setakat dia , ibu rasa ibu pun akan jadi tua tahu”.

“abang! Biar aulia tolong cakap abang pun akan jadi tua dengan penyakit aulia ”

“aik tak sempat nak kata apa-apa pun . tak aci lah macam ni”

Seluruh isi kereta hanya mampu tertawa melihat wajah nazreen yang dah macam budak kecil tak dapat mainan saja . 

"ada pula penyakit , orang lain sakit . orang lain jad tua . hebat betul penyakit ni" , bebelan aulia hanya mampu di dengarnya sahaja

Tiada ulasan:

Dahulu rancak menulis, sedar-sedar 10 tahun berlalu

Selepas 10 tahun meninggalkan dunia blogging, barulah tersedar betapa minat menulis yang dahulunya menghidupkan hari-hari saya semakin terlu...