Ahad, 14 Disember 2014

My Final Love Story




Awak bagi saya kesempatan untuk merasai manisnya cinta, sayangnya ia hanya seketika. Awak pergi dari saya atas alasan awak hanya ingin mencuba. Terima Kasih jadikan saya wanita pertama di hati, mungkin saya bukan yang terakhir tapi saya doakan kebahgiaan awak. Terima kasih sebab jujur.

Mungkin dah takdir saya, sebanyak mana saya mencintai dan sebanyak mana saya dicintai. Saya tak akan pernah bahagia. Saya akan tutup hati saya selepas ni, saya janji dengan awak, awak yang terakhir dan saya mungkirinya. Dah tiba masanya, tiada lagi cinta selepas ini. Mungkin cerita saya punya cinta sejati tapi tuannya hanya mampu bahagia sendirian. Melihat orang bahagia sudah memuaskan, mungkin hanya cerita yang mampu buat saya percaya adanya cinta sejati, adanya cinta yang tak memandang rupa, adanya cinta yang tak memandang harta, adanya cinta yang ikhlas. Cerita yang membuatkan saya terus hidup. Melihat cerita kita dibaca dan memberi kesan. Ia sudah mencukupi. Kita tamatkan cerita cinta Maisarah Aisya kerana saya tahu tidak akan ada lagi cinta selepas ini. Semua cerita saya adalah salah satu pengalaman yang pernah saya rasai dan cerita silent love adalah cerita terakhir daripada pengalaman saya.

Saya cepat sukakan seseorang tapi suka tu tak akan pernah berubah menjadi cinta. Ia mengambil masa. Jangan cakap saya ni cepat betul jatuh cinta sebab awak tak kenal siapa diri saya lagi. Tiada siapa pernah kenal saya yang sebenarnya. Saya simpan 1001 kisah duka saya seorang diri, dan awak tak akan pernah jadi orang pertama yang tahu. Cinta memang menyakitkan tapi kalau kita saling mencintai , ia akan jadi perkara paling indah kita pernah rasa. Tapi untuk saya, saya dah lalui banyak pengalaman. Mencintai, dicintai, ditinggalkan, meninggalkan, dikecewakan. Saya dah lalui semua fasa tu. Kalau awak pernah kecewa sekali, bagaimana dengan saya? Saya sendiri dah putus asa. Adakah saya yang gemuk,pendek dan hitam ini layak dicintai sedangkan zaman sekarang manusia memilih rupa. Penipulah kalau ada yang kata dia tidak memandang rupa. Orang yang berkata itulah yang akan memandang kita dengan penuh jijik. Saya sendiri berharap yang hati saya lebih kuat, jangan goyah bila diketuk sang mulut manis. Doakan hati saya kuat. Ini yang terakhir, tiada lagi cerita cinta.

I end up my love stories starting NOW.

Isnin, 8 Disember 2014

my next CERPEN project


Cerita ni nak kata berdasarkan kisah benar pun tak boleh. Dah nama pun cerita mesti ada tokok tambah walaupun sedikit . So yeahh bila dah siap ia akan dipublish di blog ni ya

Kisah 1
Apabila si gangster dan si ayu jatuh cinta, maka kisah epik bakal tercipta. Oh yang pasti cerita ini tak sama dengan kisah mastura dan abang jebat sebab kedua duannya suka antara satu sama lain. Walaupun berbeza setahun umur, ia tidak menghalang Zawani dari jatuh cinta kepada asyraaf yang sememangnya 100% berbeza dengan kekasih lamanya Azim. Mungkin perwatakan Asyraaf yang gangster telah menambat hati Zawani atau mungkin hanya sekadar ingin melupakan azim si tembam yang tak pernah menghargai kasih yang zawani berikan lalu memutuskan hubungan atas alasan tak matang. Adakah perbezaan umur menghalang mereka dari bahagia? Kalau che ta dan Zain boleh tempuhi, mereka pun boleh.

Kisah 2
Berlainan dengan kisah Zawani, percintaan antara hammad dan jiha adalah seperti cinta biasa namun ketulusan hati hammad yang tak memandang paras rupa dan menerima jiha yang sentiasa merendah diri atas alasan dirinya tak secantik wanita lain. Setelah 3 tahun menyepi, hammad kembali merebut hati jiha. Pemergiannya tidak ditangisi namun hadirnya menyembuh luka di hati. Namun adakah hammad menerima jiha setulusnya setelah dimainkan perempuan yang dicintai sepenuh hati ataupun hanya sekadar membalas dendam?

Kisah 3
Mungkin kisah 3 tak akan pernah wujud kerana bila sarah mula mencintai seorang lelaki setulus hati, dia ditinggalkan tanpa sebab. Sampai satu tahap dia mula meragui, adakah dia berhak di cintai ataupun sudah takdir menyintai tanpa dicintai. Dirinya tidak secantik gambar, gemuk dan pendek. Mungkin cinta adalah kepada seorang lelaki yang dalam diam merubahnya. Sedikit demi sedikit hatinya mula goyah dan dia mula jatuh cinta. Belum sempat meluahkan perasaan, si jejaka mengaku sudah mempunyai teman istimewa. Patah hati? Kecewa? Mungkin sudah takdirnya , cintanya tak akan pernah berbalas.

Dahulu rancak menulis, sedar-sedar 10 tahun berlalu

Selepas 10 tahun meninggalkan dunia blogging, barulah tersedar betapa minat menulis yang dahulunya menghidupkan hari-hari saya semakin terlu...