Ahad, 14 Disember 2014

My Final Love Story




Awak bagi saya kesempatan untuk merasai manisnya cinta, sayangnya ia hanya seketika. Awak pergi dari saya atas alasan awak hanya ingin mencuba. Terima Kasih jadikan saya wanita pertama di hati, mungkin saya bukan yang terakhir tapi saya doakan kebahgiaan awak. Terima kasih sebab jujur.

Mungkin dah takdir saya, sebanyak mana saya mencintai dan sebanyak mana saya dicintai. Saya tak akan pernah bahagia. Saya akan tutup hati saya selepas ni, saya janji dengan awak, awak yang terakhir dan saya mungkirinya. Dah tiba masanya, tiada lagi cinta selepas ini. Mungkin cerita saya punya cinta sejati tapi tuannya hanya mampu bahagia sendirian. Melihat orang bahagia sudah memuaskan, mungkin hanya cerita yang mampu buat saya percaya adanya cinta sejati, adanya cinta yang tak memandang rupa, adanya cinta yang tak memandang harta, adanya cinta yang ikhlas. Cerita yang membuatkan saya terus hidup. Melihat cerita kita dibaca dan memberi kesan. Ia sudah mencukupi. Kita tamatkan cerita cinta Maisarah Aisya kerana saya tahu tidak akan ada lagi cinta selepas ini. Semua cerita saya adalah salah satu pengalaman yang pernah saya rasai dan cerita silent love adalah cerita terakhir daripada pengalaman saya.

Saya cepat sukakan seseorang tapi suka tu tak akan pernah berubah menjadi cinta. Ia mengambil masa. Jangan cakap saya ni cepat betul jatuh cinta sebab awak tak kenal siapa diri saya lagi. Tiada siapa pernah kenal saya yang sebenarnya. Saya simpan 1001 kisah duka saya seorang diri, dan awak tak akan pernah jadi orang pertama yang tahu. Cinta memang menyakitkan tapi kalau kita saling mencintai , ia akan jadi perkara paling indah kita pernah rasa. Tapi untuk saya, saya dah lalui banyak pengalaman. Mencintai, dicintai, ditinggalkan, meninggalkan, dikecewakan. Saya dah lalui semua fasa tu. Kalau awak pernah kecewa sekali, bagaimana dengan saya? Saya sendiri dah putus asa. Adakah saya yang gemuk,pendek dan hitam ini layak dicintai sedangkan zaman sekarang manusia memilih rupa. Penipulah kalau ada yang kata dia tidak memandang rupa. Orang yang berkata itulah yang akan memandang kita dengan penuh jijik. Saya sendiri berharap yang hati saya lebih kuat, jangan goyah bila diketuk sang mulut manis. Doakan hati saya kuat. Ini yang terakhir, tiada lagi cerita cinta.

I end up my love stories starting NOW.

Tiada ulasan:

Dahulu rancak menulis, sedar-sedar 10 tahun berlalu

Selepas 10 tahun meninggalkan dunia blogging, barulah tersedar betapa minat menulis yang dahulunya menghidupkan hari-hari saya semakin terlu...