Skip to main content

First Giveaway by Anis Khalilah



http://akhalilah.blogspot.my/2016/06/first-giveaway-by-anis-khalilah.html 

 tekan banner untuk join

SuperMOM

Semua dekat dunia ni kalau ditanya siapa ibu terhebat, masing-masing akan bergaduh tentang kehebatan ibu kita. Ibu yang kandungkan kita Sembilan bulan, membesarkan kita tanpa penat dan lelah. Ya mungkin kadang-kadang ibu membebel, ibu mengeluh, ibu juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Jangan sebabkan dia ibu kita buat tak endah dengan perasan dia.

Mama bukanlah seorang doctor bukan juga seorang guru. Mama hanyalah suri rumah sepenuh masa. Masa mudanya dihabiskan untuk kami sekeluarga. Tahun 2012 adalah tahun yang tidak dapat kami lupakan. Papa sakit dan sampai sekarang masih sakit. Empat tahun mama jaga papa tanpa mengeluh, kadang-kadang aku sendiri nampak dia menangis setiap malam. Mama mana dia nak rungsingkan anaknya dengan masalah. Papa stroke, tak boleh jalan mahupun bercakap. Mama yang bersihkan papa, makan minumnya, berak kencingnya semua mama yang uruskan. Kami semua alhamdulilah masing-masing tengah degree. Bila cuti sem balik boleh tolong mama jaga papa.

Tak cukup dengan dugaan papa sakit, orang taman mula bergossip tentang mama, apa sahaja yang mama buat semua salah. Bersembang dengan jiran dikatakan gatal. Sampai dia sendiri rasa malu nak keluar. Betapa kuatnya impak perbualan manusia ini ke atas diri seseorang. Tapi mama tetap cekal dan dia buat tak endah dengan apa orang kata. Ingat lagi mama cakap, bukan diorang yang bagi kita makan kakak, kita kena cari sendiri duit makan kita.

Jadi sejujurnya aku rasa, banyak yang aku belajar dengan mama, ketabahannya, kecekalannya menjaga papa. Dah empat tahun tanpa berkata apa. Banyak manusia yang marah sebab mama tak berusaha sembuhkan papa. Dia tak tahu berapa kali mama ditengking papa setiap kali cuba memujuk untuk berubat. Papa mungkin tidak boleh bercakap, namun suaranya yang nyaring dan mimik mukanya sudah membuatkan kami tahu bahawa dia tidak suka. 

Jadi ini serba sedikit tentang mama. I love you Puan RUSLINA BINTI DAUD

 




Comments

Anis Khalilah said…
Assalammualaikum. Terima kasih sudi join giveaway anis :) Allahhu Betapa tabah dan cekalnya mama awak. Besar ganjaran pahala mama awak tu tau. moga moga ahli syurga la beliau. Amin. Good luck! ^^
sarah said…
waalaikummusalam. InsyaAllah. terima kasih anis =)
Mellya Musa said…
good luck :D
http://mellyacrayola.blogspot.my/2016/08/first-giveaway-by-anis-khalilah.html

Popular posts from this blog

SEGMEN : MARI TAMBAH KENALAN DARI BLOG CINTA ITU INDAH

follower terkini : 159 nak join . teka je banner tuhh yeaa

MEGA GIVEAWAY by DJH

hye awak2 . jom join segmen nyh . segmen nyh awesome oo kite tag  senorita bahrain and nao mei

FIRST GIVEAWAY BY MIZRIZHANI

giveaway lagi . =D wahh comel kan banner tuh ? nak join ? tekan je banner yg laeo tuhh Syarat-syarat: 1)Mempunyai blog.  ✓ (mesti adea . tidak sy tak buad post nieh) 2)Follow blog  NI  dan like  NI  untuk mengetahui perkembangan GA.   ✓ done follow dua2 3)Like dan follow sponsor-sponsor (jujur ye)  ✓ dah 4)Buat entry yang menarik dan backlink ke entry ini. 5)Kalau rajin tag la kawan dan letak banner di blog (mana tau ada hadiah) 6)Tinggalkan link andatentang GA di bawah entry ini. (komen) . Pemilihan pemenang berdasarkan entry dan blog yang menarik. Nota kaki:  -Menggunakan pakcik random dan saya sendiri. -Top referral akan memenangi hadiah yang istimewa(akan diupdate) -Sponsor pun boleh join. Blog Eymasu  /  Radhiah  /  Atien  /  Cik Harty  /  Yaya  /   Ain  /  Wan  /  Fathin  /  Aina  /  Amieza  /  Yana  ✓ done follo...