tekan banner untuk join
SuperMOM
Semua dekat dunia ni kalau ditanya siapa ibu terhebat,
masing-masing akan bergaduh tentang kehebatan ibu kita. Ibu yang kandungkan
kita Sembilan bulan, membesarkan kita tanpa penat dan lelah. Ya mungkin
kadang-kadang ibu membebel, ibu mengeluh, ibu juga manusia yang mempunyai hati
dan perasaan. Jangan sebabkan dia ibu kita buat tak endah dengan perasan dia.
Mama bukanlah seorang doctor bukan juga seorang guru. Mama hanyalah
suri rumah sepenuh masa. Masa mudanya dihabiskan untuk kami sekeluarga. Tahun 2012
adalah tahun yang tidak dapat kami lupakan. Papa sakit dan sampai sekarang
masih sakit. Empat tahun mama jaga papa tanpa mengeluh, kadang-kadang aku
sendiri nampak dia menangis setiap malam. Mama mana dia nak rungsingkan anaknya
dengan masalah. Papa stroke, tak boleh jalan mahupun bercakap. Mama yang
bersihkan papa, makan minumnya, berak kencingnya semua mama yang uruskan. Kami semua
alhamdulilah masing-masing tengah degree. Bila cuti sem balik boleh tolong mama
jaga papa.
Tak cukup dengan dugaan papa sakit, orang taman mula
bergossip tentang mama, apa sahaja yang mama buat semua salah. Bersembang dengan
jiran dikatakan gatal. Sampai dia sendiri rasa malu nak keluar. Betapa kuatnya
impak perbualan manusia ini ke atas diri seseorang. Tapi mama tetap cekal dan
dia buat tak endah dengan apa orang kata. Ingat lagi mama cakap, bukan diorang
yang bagi kita makan kakak, kita kena cari sendiri duit makan kita.
Jadi sejujurnya aku rasa, banyak yang aku belajar dengan
mama, ketabahannya, kecekalannya menjaga papa. Dah empat tahun tanpa berkata
apa. Banyak manusia yang marah sebab mama tak berusaha sembuhkan papa. Dia tak
tahu berapa kali mama ditengking papa setiap kali cuba memujuk untuk berubat. Papa
mungkin tidak boleh bercakap, namun suaranya yang nyaring dan mimik mukanya
sudah membuatkan kami tahu bahawa dia tidak suka.
Jadi ini serba sedikit tentang mama. I love you Puan RUSLINA
BINTI DAUD
Comments
http://mellyacrayola.blogspot.my/2016/08/first-giveaway-by-anis-khalilah.html