Sabtu, 28 September 2013

3000 SLE Supporters Giveaway





Assalamualaikum.





klik banner untuk join





Senarai hadiah:

Cash RM100 x 1, doodle ART button badge x 10, DuniaShida button badge x 3, perfume x 2, photo canvas (art kufi) x 3, photo canvas (typography canvas) x 3, Novel x 5, tudung bawal x 3, beauty tool x 1, bookmark limited edition x 15, pin ribbon x 2, topup RM10 x 8, topup RM5 x 5




3000 SLE Supporters Giveaway dianjurkan oleh DayangDeno dan disponsor oleh DayangDeno, NazrinaHussin, DuniaShida, Canvas D'Arte, Hawadah, Mojat, DyshaSahhir, MamaDarwiish, AkuMira, Pinkizluv, NadiaDiana, Cahaya Jannah, AdamFaiz, AisyaLieza, Nasuha, GreenAmila, CikkMira




Tamat 24 Oct 2013, 12malam


Giveaway Saya Sayang Malaysia – JiwarOsak







Giveaway Saya Sayang Malaysia








Jom Sertai Saya Memeriahkan Lagi Giveaway ini..


Hanya 4 Step untuk Sertai Giveaway Saya Sayang Malaysia







1. Tajuk "Giveaway Saya Sayang Malaysia – JiwarOsak"


2. Copy and Paste Code entry giveaway


3. Follow dan Like fanpage Sponser


AbgferOz | Izzat Nazmi | Ieta Mat Sa’ad | Dunia Niaga Ieta | Delima Zamrud | Mohd Ridzwan | Sheila Salim | Nizam Ijam | Amirul Syahnaz | Rosila Wati | Nrl Ndh | Cik Gksb | Miszz Nadea | Aqilah Azmy | Syiera Shiera | Lienda Ramly | Diera Tekikushika | Nurmujahidah Ismail | Edizz PreTouch | Dayang Deno | Hadi Ismail | Tengkubutang Miaw | KyLe Kesha



4.Lengkapkan Ayat – Saya Sayang Malaysia kerana malaysia adalah tempat kelahiran saya , tempat di mana saya membesar menghadapi cabaran , suka duka dan pengalaman yang telah mendewasakan saya . terima kasih malaysia kerana telah menjadi negara yang aman walaupun didiami pelbagai kaum . terima kasih kerana membenarkanku membesar di negara yang aman tanpa perang . TERIMA KASIH MALAYSIA


Sila Layari Website Penganjur untuk menyertai giveaway ini..

1st GiveAway by Sheila Eiman



tekan banner comel untuk join

September Giveaway By KasihLestariAbadi



tinggal 3 harilagi sebelum GA ni tamat .
tekan banner untuk join

Jumaat, 27 September 2013

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM



kalau saya ada tersalah tulis , mohon betulkan ye =) . sekdar berkongsi di hari yang mulia ini

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS. 
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

Selasa, 24 September 2013

Easy Peasy Giveaway by FD


Assalamualaikum.





klik banner untuk join





Senarai hadiah:

Plush toy LINE x 1, Powerbank Hello Kitty 5200 mAh x 1, barangan dekorasi x 1, MP3 x 1, Scented Powerbank 2600 mAh x 1, plain halfmoon shawl x 1, keychain Blogger x 3, bookmark limited edition x 5, topup RM5 x 2, voucher discount 10% untuk semua peserta



Easy Peasy Giveaway dianjurkan oleh Fatin Diana dan disponsor oleh Jasple Boutique, Preternatural Touch, Eymasu World Craft, Mojat Cerewet, dan Abam Ming.



Tamat 13 Oct 13, 10 malam



cerpen - OH SaHabaT part1


sahabat sejati
umpama pohon yang rendang
yang dapat menjadi
tempat untuk berteduh

“Zara ! kau ada dengar cerita tak yang kata Aina tu dah berubah lepas kejadian tu ?”, kata-kata Arash bagaikan angin yang lalu di telingaku .

Ya , mana mungkin aku lupakan hari itu . hari yang menyaksikan aku dan aina memutuskan persahabatan kami yang telah terbina hampir 9 tahun . hanya kerana salah faham , aku kehilangan satu-satunya sahabat yang memahami aku

aku ingat kau kawan aku Zara , tergamak kau sebar dekat orang rahsia silam keluarga aku . aku percaya dekat kau Zara , kau memang penipu ! sepatutnya aku dengar cakap alia , kau ni suka mengutuk orang sebab tu tak ada siapa pun yang nak kawan dengan kau ! harap muka ja baik tapi hati lebih kotor dari longkang !”, kata-kata Aina terluah seolah-olah dia tidak pernah mengenali Zara teman baiknya sendiri .

“alahai cik Zara kita ni mengelamun lagi . aku tak tahu apa yang kau fikirkan , asalkan aku sebut je nama Aina mulalah kau nak berdrama . kejap lagi menangis lah tu . haishh ! sakit jiwa aku tengok kau ni hah”, terus dibelek majalah yang sedia ada di hadapannya .

“Mula-mula Aina , sekarang kau Arash ? aku mampu ketawa bila orang lain hina aku , kutuk aku . tapi bila sahabat aku yang cakap kat aku , kau tahu tak apa perasaan dia ? sakit dia lebih dari putus cinta . aku sedar aku tak sempurna tapi jangan cakap aku macam kau tak kenal aku . sikit kau tahu tak !”, nadanya mendatar menahan geram namun tak pernah Arash melihatnya meninggikan suara walau apa pun terjadi . hebatnya engkau Zara memendam rasa kau itu , bisik hati kecil Arash

“Zara , aku minta maaf . Aku tak sengaja , aku tak nak tengok kau asyik menangis . mana Zara yang kuat , yang suka ketawa . Takkan sebab kata-kata aina tu , kau nak berubah . bodohlah kau sebab berubah untuk orang yang tak pernah jaga perasaan kau . aku tak pernah tengok Aina jaga perasaan kau . dia rendahkan kau dan kau mampu ketawa ? sedarlah Zara ! tu bukan sahabat Zara , tu namanya kawan tak guna . aku cuba gembirakan kau Zara . aku sayang kau Zara !”, terluah perasaan arash .

“sebenci mana pun aku terhadap aina , dialah satu-satunya kawan yang ada masa aku perlukan dia . aku tahu dia berubah tapi bukan sebab kemahuan dia . aku pasti ada orang pengaruh dia . dia takkan tikam belakang aku . aku kenal Aina , dialah sahabat paling sejati pernah aku ada Arash”.

p/s : kalau ada salah , tolong gtau yaa . =D

review produk garnier dan oxy



sebelum guna garnier ni , kita pakai fair and lovely , tapi kulit muka ni tak tahan , jerawat makin bnyak . ingatkan jerawat biasanya tumbuh time nak datang period tapi ni tak . so try lah pakai garnier yang warna kuning , jerawat dah ok tapi kulit muka still berminyak , so kakak cadangkan pakai produk garnier yang warna hitam ni . alhamdulillah , muka dah kurang berminyak . kalau keluat pun takda lah tisu penuh ngan bedak yang cair lagi dah . tapi satu ja masalah sebab garnier jenis ni jarang ada dekat tesco atau giant , paling2 kena pergi guardian atau watson .

alang2 malas nak pergi kedai lain , akak cakap kau biasa guna oxy kan ? jadi tak ? 
so cakap lah jadi sebab memang pernah guna tapi yang krim lah . yg letak kat jerawat tu kan . mmg berkesan . so gunalah oxy jenama ni . nk yang oil controlling juga . jerawat hilang , keyakinan terserlah . tak perlu nk toch up untuk lindung jerawat lagi dah
so sekarang muka dah bertambah segar . tak perlu make up lebih2 lagi . natural sudah cukup , paling2 pakai foundation BB doll cream + bedak garnier pun dah cukup . sekarang nk cari solutin untuk bintik hitam di hidung pulak . walaupun tak nmpak , still ada .


terima kasih oxy ! terima kasih garnier !

SAYA NAK HADIAH DARI BELLA'S BEAUTY HOUSE


|||eQuRlz|||

tekan gambar di atas untuk join


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
  • - Follow Google+ blog ni.. (kat sidebar)
  • - Buat satu entry yang bertajuk "SAYA NAK HADIAH DARI BELLA'S BEAUTY HOUSE"
  • - Letak kan syarat-syarat pernyertaan di dalam entry tersebut dan link kan ke entry ini.
  • - Tinggalkan link entry anda di bahagian komen entry ini.
  • - Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah.
  • - Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Oktober 2013
  • - Hadiah merupakan 2pcs SABUN SUSU BERAS COLLAGEN dan 1 BEDAK THANAKHA

SABUN SUSU BERAS COLLAGEN



Kelebihan Sabun Susu Beras Collagen:

- Membuatkan kulit muka anda lebih cerah, lembut dan tegang.
- Menanggalkan semua kotoran, minyak, dan sel kulit mati.
- Memudarkan dan menghilangkan parut jerawat dan jeragat.
- Menanggalkan kesan solekan dengan efektif.

JIka digunakan sebagai sabun mandi pula, ia membantu:-
- Menanggalkan bintik hitam atau kesan hitam di ketiak, siku dan peha anda.
- Sesuai utk semua jenis kulit termasuk kulit bermasalah
- Memberi kesan kesegaran sepanjang hari.
- Badan anda tidak akan melekit walaupun ketika atau slps berpeluh
- Boleh menghilangkan bau badan.

Cara-cara menggunakannya:-
- Gunakan sebagai pencuci muka dan badan setiap hari.
- Urut dan gosok secara perlahan di bahagian muka dan badan selama 2-3 minit
- Ini bertujuan supaya vitamin dan mineral dapat meresap di dalam kulit


BEDAK THANAKHA



Kelebihan Bedak Thanakha:

- Mengecut dan menghapuskan jerawat.
- Melindungi dari sinar uv matahari (sapuan nipis as a foundation) juga mengurangi tanda-tanda penuaan awal seperti kedutan halus dan jeragat
- Melicinkan kulit muka.
- Memberi kesegaran pada kulit.
- Mengurangkan kadar pengeluaran minyak / sebum pada kulit.
- Menanggalkan sel kulit mati.
- Ia membantu sejukkan kulit.
- Membersih & menengang wajah.
- Sesuai untuk kanak-kanak dan bayi 1tahun keatas.
- Sesuai untuk semua lapisan umur.
- Menghilangkan ruam-ruam badan.
- Boleh digunakan dimuka dan badan.
- Menghilangkan gatal-gatal badan.
 - Lembutkan kulit dan menghaluskan.
- Cerahkan kulit.
- Hilangkan jeragat.
 - Menyejukkan dan mengurangkan minyak di kulit muka.
- Boleh dijadikan sebagai bedak sejuk dan foundation.
 - Selesaikan masalah kulit bukan sahaja di muka tapi boleh digunakan satu badan. 



ANTARA TESTIMONI PELANGGAN


1st Giveaway By Amira



KLIK BANNER UNTUK JOIN !

Tarikh Mula : 23 September 2013
Tarikh Tamat : 23 Oktober 2013


Isnin, 23 September 2013

GA Love You Mr Arrogant



tekan banner untuk join

hadiah : novel love you mr.arrogant

tamat : 30/9

CONTEST: TEKA WARNA BAJU PENGANTIN BY MAMA DARWIISH

warna baju pengantin mama hijau putih .
selamat ulang tahun perkahwinan mama .semoga kekal hingga ke syurga

Ahad, 22 September 2013

Tazkirah ahad buat kaum hawa



Wanita Syurga Adalah Wanita Yang Sentiasa Beriman Kepada Allah Malah Di-Sayangi Oleh Allah Taala


Wanita ibarat bunga cantik pada pandangan mata hanya sementara. Mereka yang kekal cantik bukan pada wajah tetapi cantik pada akhlak yang mulia, kerana akhlak adalah bunga diri.

Tiada gunanya berwajah cantik tetapi mempunyai akhlak yang buruk. Tiada guna berwajah cantik tetapi hati kosong daripada iman, ilmu dan amal.

Wanita mempunyai pilihan samaada ingin menempatkan diri ditempat yang mulia yang diredai Allah atau ditempat yang hina yang disukai iblis laknatullah.

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu umat banyak terletak di tangan wanita yang menghayun buai.

Wanita solehah adalah wanita yang menempah tempat duduknya di dalam syurga, tetapi bukanlah mudah untuk memasuki syurga Allah S.W.T. Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi ketika hidup didunia ini.

 Oleh itu sebagai anak , dia mahu menjadi anak yang mentaati dan menghormati kedua ibu bapanya. Sebagai anak muda dia mahu menjadi gadis yang berhemah dan akhlak mulia.

Sebagaiisteri, dia mahu menjadi isteri yang menyenangkan dan mententeramkan hati suaminya.

Sebagai ibu, dia akan mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Dan pasti sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya.

Allah S.W.T menawarkan jalan mudah untuk wanita memasuki syurga Allah.

Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud :

“Seorang wanita yang mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadan), memeliharakemaluannya serta taat kepada suaminya maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya.”

 (Hadis Riwayat Abu Nuaim)

Terdapat tempat syarat sahaja tawaran Allah S.W.T. khusus untuk para wanita untuk memasuki syurga Allah S.W.T. seluas langit dan bumi, malahan mereka bolehmemilih mana-mana pintu yang ia kehendaki.

Sedangkankaum lelaki tidak mendapat peluang keemasan ini kerana banyak lagi syarat-syarat lain yang mesti dipenuhi barulah ia layak memasuki syurga Allah S.W.T.

Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

 “ Seorang wanita solehah lebih baik daripadaseribu lelaki. Dan seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibuka lapan pintu syurga yang manadia dapat masuk dari pintu mana yang saja tanpa hisab.”

Ada sebuah riwayat iaitupada zaman Rasulullah S.A.W, seorang lelaki yang akan berangkat untuk berperang di jalan Allah. Dan berpesan kepada isterinya:

 “Wahai isteriku…jangan sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini sehingga aku kembali.”

Secara kebetulan ayahnya menderita sakit, maka wanita tadi mengutus seorang lelaki menemui Rasulullah S.A.W. Baginda bersabda kepada utusan itu agar wanitaberkenaan mentaati suaminya.

Namun wanita itu mengutus utusannya bukan hanya sekali malah beberapa kali meminta kebenaran Rasulullah.

Namundemi mentaati suaminya dia tidak berani keluar rumahnya. Akhirnya ayahnya meninggal dunia tanpa sempat dia menatap wajah ayahnya buat kali terakhir.

Diatetap sabar sehingga suaminya pulang. Maka Allah memberi wahyu kepada Rasulullah S.A.W yang berbunyi:

“Sesungguhnya Allah telah mengampuni wanita tersebut disebabkan ketaatannya kepada suami”.

Dalam riwayat yang lain mengatakan bahawa Allah turut mengampun dosa ayahnya disebabkan ketaatan anaknya itu.

Dalamperistiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah S.A.W telah melihat ke dalam syurga yang mana Allah masukkan wanita ke dalam syurga lima ratus tahun lebih awal daripada suami mereka.

Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W  bersabda yang bermaksud:

 “Apabila seorang wanita mencuci pakaiansuaminya maka Allah mencatat baginya seribu kebaikan, diampunkan dua ribu kesalahan bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan Allah mengangkat seribu darjat untuknya.”

Kelebihan memiliki wanita yang beriman iaitu seorang wanita solehah lebih baik daripada seorang wali Allah, wanita yang menguli tepung dengan membaca Bismillah akan diberkati Allah rezekinya, wanita menyapu lantai dengan berzikir akan diberipahala seperti membersihkan Baitullah, wanita yang solehah lebih baik daripada tujuh puluh lelaki yang soleh.

 Allah akan memberkati rezeki apabila wanita memasak sambil berzikir, seorang wanita yang menutup auratnya ditingkatkan olehAllah cahaya wajahnya tiga belas kali daripada wajah asal, dan Allah sendiri akan datang untuk berjumpa dengan wanita yang mengambil berat auratnya diakhirat nanti.

Rasulullah S.A.W memberitahu kepada sahabat-sahabatnya bahawa wanita itu (isteri pencarikayu bakar) termasuk salah seorang ahli syurga disebabkan kemuliaan dan keanggunan sikapnya kepada suaminya.

Sahabat-sahabat pun berjumpa dan bertanya kepada wanita itu apakah sikap dan amalannya yang ada pada wanita itu sehinggakan ia termasuk salah seorang ahli syurga seperti yangdinyatakan oleh Nabi S.A.W.

Wanita itu berkata:

 " Apabila suamiku pergi mencari kayu bakar, aku merasakan betapa beratnya ia mencari nafkah. Aku merasakan betapa hausnya dia di pergunungan.

Untuk itu setiap kali ia pulang, aku selalu menyediakan air dingin yang terus boleh diminumnya.

Aku menyusun dan mengatur rumah serapi mungkin. Aku menyediakan makanan untuknya. Aku memakai pakaian terbaik yang aku miliki untuk menyambut kepulangannya.Disaat ia masuk ke rumah aku menciumnya dengan penuh kerinduan.

Aku pasrahkan diriku kepadanya. Aku menyiapkan keperluan jika ia inginberistirehat. Aku juga selalu berada di sisinya, sehingga ketika manapun iamenginginkan aku berada disampingnya."

Tanda-tanda Wanita Beriman serta baik akhlaknya :

1 - > Beriman kepada Allah & Sabar akan ujian dari-NYA

Tekun dan bersungguh-sungguh beribadah kepada-Nya. Sabar dalam menempuh kesusahan(ujian) daripada Allah dan dalam mengerjakan perintah-perintah-Nya, sentiasabersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati-Nya.

2- > Mentaati pada perintah suami serta tidak derhaka kepadanya (suami)

Mentaati suami, reda dengan pemberian suami, melayan suami dengan baik (darisegi makan minum dan hubungan kelamin), bersopan santun dalam percakapan dan tindakan,menjaga aurat dan kehormatan diri, memelihara maruah suami dan selalu mendoakan kesejahteraan untuk suaminya.

3- > Hormati pada ibubapa sertataat pada mereka

Mengasihiibu bapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka (terutamaketika mereka sudah tua).Ingatkan jasa-jasa dan pengorbanan mereka membesar danmendidik kita. Oleh itu, selalulah berdoa kepada Allah, moga-moga mereka mendapat kesejahteraan di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat.

4- > Hormati & beraklak pada jiran & rakan

Baikpergaulan sesama rakan, jiran atau masyarakat sekeliling. Tidak menganggu atau menyakiti mereka, sebaliknya sentiasa membantu dan memudahkan kehidupan mereka.

Wahai kaum wanita yang solehah!

Ambillah dan rebutlah peluang keemasan ini, syurga yang kekal abadi menunggu kalian sekiranya kalian berazam untuk memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T dan di sampaikan oleh Rasulullah S.A.W. seperti di atas.

Wallahua’lam…

AllahS.W.T berfirman:

“Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut):

ada padanya beberapasungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih.

Dan ada pula untuk mereka di sanasegala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidaksama)!”

(Surah Muhammad Ayat 15)

Allah S.W.T berfirman lagi :

“ … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam Surga yangmengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.”

(Surah An Nisa’ Ayat 13)
credit : 
الإسلاميةصديق


indahnya menjadi seorang wanita yang taat perintah ALLAH . ganjarannya tak ternilai . jagalah aurat kita . kita tentu taknak melihat ayah mahupun suami kita ditarik ke akhirat nanti .

muhasabah diri =)

let the picture talk










Jumaat, 20 September 2013

Tazkirah jumaat


 Menzalimi & Tidak Takut Akan Bala Yang Akan Allah Turunkan Kepada Hamba Yang Tidak Takut Akan Azab-NYA (Allah)

Manusia yang dikasihi Allah adalah orang yang meninggalkan sifat dan perbuatan yang dibenci oleh Allah dan selalu mengamalkan perbuatan dan sifat yang dikasihi Allah.

Dari Al-Quran dan hadis dapatlah dipetik beberapa golonganmanusia yang dimurkai oleh Allah:

 Baginda Rasulullah S.A.W telah berfirman:

 “Tiga golongan manusia yang sangat dimurkai Allah iaitu yang cenderung kepada perkara yang haram, orang yang mengikutperbuatan jahilliyah dan orang membunuh orang lain tanpa hak. Riwayat Bukhari dan Muslim. Perkara yang haram disini meliputi semua hal yang diharamkan dalam Islam.”

Sabda Baginda Rasulullah S.A.W lagi:

“Sesungguhnya paling ku benci dikalangan kamu kepadaku dan dijauhkan tempat dudukku di hari kiamat ialah orangyang banyak bercakap tanpa teliti… iaitu orang yang takbur.”

(Hadis Riwayat Riwayat Tarmizi)

Contoh perbuatan takabbur ialah:

 1 -> Orang yang melihat akan kebenaran tetapi tidak mahu mengikut disebabkan ia takabbur.

 2 -> Orang yang diterangkan hujah yang benartetapi ia tidak mahu  menerima maka ia jadi takabbur.

 3 -> Orang yang menghina orang lain adalah takabbur.

Allah S.W.T berfirman:

 "Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang zalim."

(Surah Al Imran ayat 58)

 Sifat zalim yang dilakukan oleh seseorang tanpa sedar dalam tiga bentuk iaitu:

Zalim pada Allah seperti syirik, menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya, melanggar batas ketentuan Allah, mengadakan kepalsuan kepada agama Allah dan sebagainya.

 Zalim pada diri sendiri seperti mengikut hawa nafsu,menolak kebenaran dan peringatan, engkar pada perintah Allah dan perbuatan-perbuatan yang akan menjerumuskan dirinya ke neraka.

 Zalim kepada orang lain seperti mengumpat dan merendahkan orang Islam, buruk sangka dan membuat fitnah dan semua perbuatan yang menyebabkan orang lain menerima kesusahan.

Allah S.W.T berfirman:

 "Taatilah Allah jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir."

(Surah Al Imran Ayat 32)

Mentaati Allah adalah bermaksud menunaikan segala apa yang diperintahkan dan meninggalkan segala apa yang dilarang.

Orang yang ingkar menunaikan perintah Allah sesungguhnya telah berpaling menentang Allah manakala orang yang melakukan apa yang dilarangoleh Allah telah derhaka terhadapnya.

Allah S.W.T berfirman:

 "Dan pergilah di jalan Allah orang memerangi kamu tetapi janganlah kamu melampaui batas kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.

(Surah Al Baqarah Ayat 190)

Melampaui batas di sini selain bermaksud kita mestilah mempunyai had dan ketentuan dalam memerangi orang kafir Muahad, juga bermaksudjanganlah kita melakukan hal-hal lain yang seumpamanya seperti memohon dipermudahkan untuk melakukan hal yang haram seperti tikam ekor, menang judi dan sebagainya.

Allah S.W.Tberfirman:

 "Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan."

(Surah Al 'Araf Ayat 31)

 Perkara yang membazir atau berlebih-lebihanialah:

 1 -> Berlebih-lebihan dalam membeli.

 2 -> Membeli benda yang haram.

 3 -> Membelanjakan harta di jalan yang haram.

 4 -> Berbelanjakan kawan pada jalan yang merosak atau melalaikan ataumenjadi kejahatan.

 5 -> Berlebih-lebih dalam hal berpakaian.

 Firman Allah S.W.T lagi:

"Sesungguhnya Allah tidakmenyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri."

(Surah Luqman Ayat 18)

Serta Allah S.W.T lagi:

"Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berkhianat."

 (Surah Al Anfaal 58)

Dua jenis khianat yang nyata ialah:Mengkhianati apa yang diamanahkan orang kepadanya. Mengkhianati amanah Allah kepada kita seperti Allah menyuruh membelanjakan harta yang dikurniakan kepada kita dijalanNya tetapi kita tidak melakukannya.

Wallahua’lam…

Allah S.W.T berfirman:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika Allah kehendaki (supaya aku tidak membacakan Al-Quran ini kepada kamu),tentulah aku tidak dapat membacakannya kepada kamu dan tentulah Dia tidakmemberitahu kamu akan Al-Quran ini (dengan perantaraanku), kerana sesungguhnya aku telah tinggal dalam kalangan kamu satu masa yang lanjut (dan kamu pula mengenal aku sebagai seorang yang amanah) sebelum turunnya Al-Quran ini,  maka mengapa kamu tidak mahu memikirkannya? Dengan yang demikian, tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yangberdusta terhadap Allah atau yang mendustakan ayat-ayatNya.

Sesungguhnya orang-orang yang berdosa itu tidak akan berjaya.”

 (Surah Yunus Ayat 16-17)

terima kasih kerana sentiasa mengepost takzirah anda di FB sy . =)
Statement@Article - > الإسلاميةصديق

Selasa, 17 September 2013

aku dan masscom - temuduga





allahuakhbar , hanya ALLAH saja yang tahu perasaan aku sekarang ni . hari sabtu ni aku akan ke temuduga masscom di UiTM cawangan sungai petani . rasa berdebar walaupun masih ada 3 hari lagi sebelum temuduga . aku mula terfikir , apa sebenarnya masscom? setiap kali aku di ajukan soalan macam tu , laju ja aku cakap "alaaa yang nak jadi wartawan tu." . nampak tak jawapan aku ? aku tak sedar yang aku sebenarnya tak tahu apa itu masscom . sejak dari itu aku mula mengkaji apa sebenarnya masscom . aku dapat bantuan dari wikipedia dan juga google

Mass communication is the study of how individuals and entities relay information through mass media to large segments of the population at the same time. It is usually understood to relate tonewspapermagazine, and book publishing, as well as radiotelevision and film, as these mediums are used for disseminating information, news and advertising. Mass communication differs from the studies of other forms of communication, such as interpersonal communication or organizational communication, in that it focuses on a single source transmitting information to a large group of receivers. The study of mass communication is chiefly concerned with how the content of mass communication persuades or otherwise affects the behaviorattitudeopinion, or emotion of the person or people receiving the information.

 barulah aku paham yang masscom ni sebenarnya adalah satu alat penyebaran berita atau informasi melalui cabang media seperti suratkhabar , buku dan lain-lain . aku tertanya-tanya kenapa aku nak ambil bidang masscom ni ? aku takda lagak seorang pemberita mahupun seorang yang peduli tentang hal semasa . kehidupan aku ibarat katak di dalam kristal , pepatah cikgu BM aku bagi . tak main lah tempurung , sekarang dah moden . aku cuma tahu mengenai hal dunia melalui internet umpama hidup aku terkurung dalam dunia fantasi . aku minat menulis sejak dari sekolah rendah lagi , bila ada exam yang memenrlukan aku mereka cerita , aku akan dapat pujian dari cikgu . katanya cerita aku mempunyai perkataan yang jarang dia lihat digunakan oleh pelajar sekolah rendah . bila aku menulis , aku nak pembaca sendiri rasa apa yang aku rasa . bila masuk sekolah menengah , aku mula didedahkan dengan karangan yang melibatkan fakta semata-mata . ya , imaginasi aku mula terhakis sedikit demi sedikit . aku mula fokus tentang isu semasa , fakta2 , langkah mengatasi dan sebagainya . bila masuk ke tingkatan 4 aku masuk kelas sains , walaupun hati aku nak sangat masuk sastera , dekat sekolah aku takda subjek tu . nak pindah sekolah ? aku bukan jenis yang peramah untuk dapat kawan baru walaupun selalu pindah randah . impian aku untuk jadi penulis tamat disitu , aku mula fokus untuk memahami subjek sains . masa ingkatan lima , exam yang aku jawab memerlukan aku menceritakan tentang kasih sayang seorang ibu , ok aku pilih tajuk tu sebab tajuk lain mengugat otak aku . bila aku start menulis , aku tak tahu macam mana nak akhirkannya . mana klimaks , mana permulaan . bila cikgu semak , semestinya cikgu tu pun bingung dengan kertas jawapan aku . kalau penulisnya pening , apatah lagi pembacanya kan? cikgu tu bagi komen , ada masa dia rasa nak menangis , ada masa dia rasa marah . siapa yang salah . ibunya atau anaknya ? hanya aku yang tahu . nak terangkan pun serba salah .

bila aku dah tamat sekolah menengah , aku mula membuat cerpen , baru 18 tahun tapi bercerita tentang cinta , aku buat cerita tu sebab aku nak cinta yang macam tu , setiapa orang ada imaginasinya sendiri termasuk aku , imaginasi aku terlihat dalam cerpen aku . dalam cerpen aku pun menunjukkan aku sedang belajar masscom . bila dapat tahu aku dapat temududga . aku research kat internet . ambil tips temuduga dari seorang abang senior . mula mengkaji hal semasa . antara hal semasa yang aku tahu :

harga minyak yang naik
isu di mesir yang membabitkan morsi
syiah yang semakin menular di negara
kes buang bayi yang semakin meningkat (isu sepanjang zaman)
zina di merata-rata tempat (isu sepanjang zaman)


aku mula menkaji pro dan contra masalah tersebut , adakat ia akan memberi kesan buruk kepada masyarakat kita ? apa yang kita patut buat untuk mengatasinya ? adakah ia membebankan kita?

abang senior tu juga ada minta semua yang ingin ke temuduga untuk menghafal serba sedikit tengan nama perdana menteri , Yang di-Pertuan Agung dan juga para menteri di kabinet .

kepada semua , doakan aku lulus cemerlang dalam temuduga ni yaa . terima kasih.

#maaf pengunaan kata 'aku' untuk yang lebih berusia .

T-SHIRT I ❤ BLOGGING GIVEAWAY!






Klik Banner
Bermula 16 September - 23 September 2013

Dahulu rancak menulis, sedar-sedar 10 tahun berlalu

Selepas 10 tahun meninggalkan dunia blogging, barulah tersedar betapa minat menulis yang dahulunya menghidupkan hari-hari saya semakin terlu...