Khamis, 24 Mac 2016

Sabtu, 23 Mei 2015

finally !!!

as you can read from my tittle, you might be asking what type of finally? i finally got back my blog. selama dua bulan cuti semester ni tercari-cari macam mana nak dapatkan blog sebab bila klik link blog, elok habis loading dia direct pergi site lain. punyalah penat mencari konklusi akhirnya selesai juga masalah ni. terima kasih dekat blogger hasrul hassan. kalau ade problem dengan blog boleh godek godek blog blogger otai kite ni. inshaallah boleh membantu.
 
dah lama tak update blog, rasa cam dah berkarat tangan nak menaip, otak dah beku dari segala idea. sebenarnya life as a student memang banyaklah halangan bila nak update blos. asal nak update ja, kawan ajak buat assignment, bila idea tengah fresh nak menaip mesti dah pukul dua tiga pagi, nak stay up pun esok paginya kelas 8.30. takkanlah nak korbankan diri tidur dalam kelas pagi esok. so idea tu terkubur di bawa angin senja di tasik tun fatimah. 
 
kalau blog tak di update maka cerpen pun kekadang melayang. walaupun tak update blog, semua cerpen dh di draftkan, bila masa nak update tu wallahualam. sebab semua draft masih tersimpan kemas di dalam satu file. bila dah kat alam universiti ni, corak pemikiran penulisan tu dah tak sama macam zaman sekolah. masa buat sambungan cerpen kena perbetul baik semua ayat remaja tak matang. kena mulakan balik semua sebab nak selaraskan. masa sekolah semuanya pasal cinta, bila dah dewasa sikit ni mulalah buat cerpen yang matang sikit. pasal kehidupan ataupun pasal kawan.
sebenarnya rasa sebak dan terharu sebab masa ada pertandingan islamic short filem kat universiti, tetiba roommate cakap, "masa i tulis skrip tu kan Sarah, i cuba bayangkan kalau i jadi u, apa yang i akan tulis, scene apa yang i nak buat". orang mungkin cakap cakap camtu pun terharu. you only feel that kind of feeling bila kerja kau, penat lelah kau perah idea di hargai oleh orang lain. kau tak harapkan karya yang kau tulis di sanjung tapi kalau di jadikan inspirasi untuk orang lain pun dah kira hebat untuk aku. aku tak ada bakat, aku tak pandai bersajak mahupun berpantun apatah lagi bersyair. orang selalu cakap kau jiwa seni sepatutnya kau tahu sajak semua. tak semestinya. aku tak pandai menyanyi apatah lagi menari. aku hanya pandai mereka sebuah cerita yang pastinya ianya indah di alam fantasi namun hambar realitinya. ya mereka sebuah cerita tentang dunia yang di impikan, walaupun sukar di capai realiti. Mak aku selalu tanya kau ni kenapa asyik tidur ja, tak penat. soalannya di biarkan tak berjawab sebab kadangkala mimpi terlalu indah untuk aku sehingga aku merasakan apa gunanya aku bangun untuk menghadapi realiti yang pastinya penuh dengan cabaran yang harus aku tempuh.
 
p/s : aku memang suka lari tajuk. sejak jadi masscommers ni melalut dia makin pajang dan panjang.

GMBM 1st GIVEAWAY 2015


http://grupmamabloggersmalaysia.blogspot.com/2015/05/gmbm-1st-giveaway-2015.html




Assalamualaikum !! Alhamdulillah,sempena Hari Ibu 2015,buat julung-julung kalinya kami berjaya melancarkan satu segmen yang di taja sepenuhnya oleh sebahagian ahli Grup Mama Bloggers Malaysia [GMBM]. Segmen ini di adakan adalah untuk memanjangkan ukhuwah sesama blogger yang menyertai segmen ini. Hadiah yang di tawarkan dalam segmen ini juga sangat menarik dan berbaloi untuk di menangi. Masa pelancaran segmen selama sebulan memberi lebih peluang penyertaan dan memenuhi syarat bagi para peserta.



Tarikh Segmen : 10 Mei - 7 Jun 2015

Syarat-syarat untuk menyertai segmen ini adalah:-

  1. Blogger Malaysia.
  2. Buat entri yang bertajuk GMBM 1st GIVEAWAY 2015.
  3. Pilihan entri samada copy dan paste sahaja entri yang di sediakan atau buat entri sendiri mengikut kreativiti anda.
  4. Mengikuti semua syarat yang di tetapkan oleh penganjur dan penaja.
  5. Semua penaja boleh menyertai segmen ini. 
  6. Lengkapkan syarat di bawah:-
  • Follow Belog



  • Follow Instagram 

@Yong | @Sofu




  • Follow Google +











  • Like Fanpages 


















  • Follow FaceBook


Norihan Yusuf





♪ ♩♫ Selamat bersegmen dan semoga bertuah !! ♪ ♩♫



Segmen GMBM 1st GIVEAWAY 2015 di taja dan di perhebatkan oleh:-
Kathy, Maria, YY, Yong, Myja, Sofu, Ida, Ann, Mieja, Sue, Fuza, Mamaniza, Hana, Aida, Mar, Khaty, Ayumie, Mila, Zana, Sally, Fiza, Fara.


Klik Banner GA Untuk Join

Jumaat, 8 Mei 2015

#B612 Camera


Enjoy using this one of the LINE app. B612 camera got a lot of filter that you can try. Already uninstall my 360 camera because this one is a lot better. love to use this red filter. fall for it. give this app a five star.




i always have that one gambar yang buruk, haihh got to improved my selfie skill lahh

Khamis, 1 Januari 2015

throwback 2014


well i can considered this might be the worst years. The most up and down years.
boleh score cemerlang masa sem 1 dan jatuh teruk masa sem 2.
kehilangan orang yang tersayang iaitu uncle ilham. orang yang bagi semangat kat aku suruh teruskan dalam komunikasi ni even ramai tak bagi aku masuk sebab katanya kena pandai bergaya dan aku ni hodoh*pffft bertudung pun ada gaya bukan pakai plastik sampah atas kepala. tak makeup tebal pun tak ada masalah . pergi sana nak study bukan menggedik. open sikit fikiran*.

Rasa macam diri ni sampah sangat sebab tak dapat score masa sem dua, rasa macam dah kecewakan ibu bapa when ada orang yang lagi teruk sedang ber happy dengan result. bersyukur dengan rezeki ALLAH, masing2 ada rezekinya. paling tak suka bila orang cakap kita patutnya lagi pandai sebab ada masa nak study sedangkan diorang gaduh dengan pakwe. yelah memang korang gaduh jerit2 pastu call aku suruh pujuk makwe tu memang tak gangu aku . aahh tak ganggu pun, mohon di tahun ini bagi saya ruang, masa dan sedikit kesunyian untuk belajar ya sebab saya mudah terganggu tambah2 bila sorang study sorang lagi menyanyi untuk pakwe ya.

untuk semester 3 ni, harap sangat tak ada drama2 air mata lagi sebab dah penat terluka sebab kebodohan orang lain. so let this 2015 full of laughter than tears because i could not bear any sadness more .

2014 bawalah air mata kami bersamamu, tinggalkan semua kesedihan disana. semoga kegembiraan menanti.

ASSALAMUALAIKUM 2015, semoga tahun ini lebih bahagia, negaraku lebih aman dan bersatu tanpa politik menjadi penghalang, semoga ibu bapaku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta bahagia. Semoga ALLAH kuatkan semangat mereka yang kehilangan orang tersayang dan tabahkanlah mhati mangsa mangsa banjir itu. semoga rakanku gembira di samping tersayang dan memnuhi tanggungjawab sebagai anak yang soleh dan solehah dan semoga semester tiga nanti berakhir dengan penuh kegembiraan .




Ahad, 14 Disember 2014

My Final Love Story




Awak bagi saya kesempatan untuk merasai manisnya cinta, sayangnya ia hanya seketika. Awak pergi dari saya atas alasan awak hanya ingin mencuba. Terima Kasih jadikan saya wanita pertama di hati, mungkin saya bukan yang terakhir tapi saya doakan kebahgiaan awak. Terima kasih sebab jujur.

Mungkin dah takdir saya, sebanyak mana saya mencintai dan sebanyak mana saya dicintai. Saya tak akan pernah bahagia. Saya akan tutup hati saya selepas ni, saya janji dengan awak, awak yang terakhir dan saya mungkirinya. Dah tiba masanya, tiada lagi cinta selepas ini. Mungkin cerita saya punya cinta sejati tapi tuannya hanya mampu bahagia sendirian. Melihat orang bahagia sudah memuaskan, mungkin hanya cerita yang mampu buat saya percaya adanya cinta sejati, adanya cinta yang tak memandang rupa, adanya cinta yang tak memandang harta, adanya cinta yang ikhlas. Cerita yang membuatkan saya terus hidup. Melihat cerita kita dibaca dan memberi kesan. Ia sudah mencukupi. Kita tamatkan cerita cinta Maisarah Aisya kerana saya tahu tidak akan ada lagi cinta selepas ini. Semua cerita saya adalah salah satu pengalaman yang pernah saya rasai dan cerita silent love adalah cerita terakhir daripada pengalaman saya.

Saya cepat sukakan seseorang tapi suka tu tak akan pernah berubah menjadi cinta. Ia mengambil masa. Jangan cakap saya ni cepat betul jatuh cinta sebab awak tak kenal siapa diri saya lagi. Tiada siapa pernah kenal saya yang sebenarnya. Saya simpan 1001 kisah duka saya seorang diri, dan awak tak akan pernah jadi orang pertama yang tahu. Cinta memang menyakitkan tapi kalau kita saling mencintai , ia akan jadi perkara paling indah kita pernah rasa. Tapi untuk saya, saya dah lalui banyak pengalaman. Mencintai, dicintai, ditinggalkan, meninggalkan, dikecewakan. Saya dah lalui semua fasa tu. Kalau awak pernah kecewa sekali, bagaimana dengan saya? Saya sendiri dah putus asa. Adakah saya yang gemuk,pendek dan hitam ini layak dicintai sedangkan zaman sekarang manusia memilih rupa. Penipulah kalau ada yang kata dia tidak memandang rupa. Orang yang berkata itulah yang akan memandang kita dengan penuh jijik. Saya sendiri berharap yang hati saya lebih kuat, jangan goyah bila diketuk sang mulut manis. Doakan hati saya kuat. Ini yang terakhir, tiada lagi cerita cinta.

I end up my love stories starting NOW.

Isnin, 8 Disember 2014

my next CERPEN project


Cerita ni nak kata berdasarkan kisah benar pun tak boleh. Dah nama pun cerita mesti ada tokok tambah walaupun sedikit . So yeahh bila dah siap ia akan dipublish di blog ni ya

Kisah 1
Apabila si gangster dan si ayu jatuh cinta, maka kisah epik bakal tercipta. Oh yang pasti cerita ini tak sama dengan kisah mastura dan abang jebat sebab kedua duannya suka antara satu sama lain. Walaupun berbeza setahun umur, ia tidak menghalang Zawani dari jatuh cinta kepada asyraaf yang sememangnya 100% berbeza dengan kekasih lamanya Azim. Mungkin perwatakan Asyraaf yang gangster telah menambat hati Zawani atau mungkin hanya sekadar ingin melupakan azim si tembam yang tak pernah menghargai kasih yang zawani berikan lalu memutuskan hubungan atas alasan tak matang. Adakah perbezaan umur menghalang mereka dari bahagia? Kalau che ta dan Zain boleh tempuhi, mereka pun boleh.

Kisah 2
Berlainan dengan kisah Zawani, percintaan antara hammad dan jiha adalah seperti cinta biasa namun ketulusan hati hammad yang tak memandang paras rupa dan menerima jiha yang sentiasa merendah diri atas alasan dirinya tak secantik wanita lain. Setelah 3 tahun menyepi, hammad kembali merebut hati jiha. Pemergiannya tidak ditangisi namun hadirnya menyembuh luka di hati. Namun adakah hammad menerima jiha setulusnya setelah dimainkan perempuan yang dicintai sepenuh hati ataupun hanya sekadar membalas dendam?

Kisah 3
Mungkin kisah 3 tak akan pernah wujud kerana bila sarah mula mencintai seorang lelaki setulus hati, dia ditinggalkan tanpa sebab. Sampai satu tahap dia mula meragui, adakah dia berhak di cintai ataupun sudah takdir menyintai tanpa dicintai. Dirinya tidak secantik gambar, gemuk dan pendek. Mungkin cinta adalah kepada seorang lelaki yang dalam diam merubahnya. Sedikit demi sedikit hatinya mula goyah dan dia mula jatuh cinta. Belum sempat meluahkan perasaan, si jejaka mengaku sudah mempunyai teman istimewa. Patah hati? Kecewa? Mungkin sudah takdirnya , cintanya tak akan pernah berbalas.

Dahulu rancak menulis, sedar-sedar 10 tahun berlalu

Selepas 10 tahun meninggalkan dunia blogging, barulah tersedar betapa minat menulis yang dahulunya menghidupkan hari-hari saya semakin terlu...